Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

Identiti dua maut nahas Lahad Datu dikenal pasti

14th November, 2017

LAHAD DATU: Identiti dua individu maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Alza dan lori treler di Km18, Jalan Lahad Datu- Sandakan pagi semalam sudah dikenal pasti, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad.

Beliau berkata mangsa dikenal pasti sebagai Janting atau Edwin Gintik, 48, beralamat di Kampung Langsat, Kinarut dan seorang lagi ialah Chong Yem Ping, 34, beralamat di Kampung Gelam, Jalan Leila, Sandakan.

“Dalam kejadian 11.30 pagi, kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Lahad Datu menghala ke Sandakan.

“Namun, apabila tiba di lokasi, kereta Perodua Alza dipandu mangsa lelaki hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan menyebabkan lori treler yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Hamzah berkata, akibat impak kemalangan itu, kedua-dua mangsa tersepit dalam kereta dan maut di lokasi kejadian dan mayat mangsa dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse