Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pertisa dan VOKfm yakin hubungan baik beri manfaat pada artis |  12 sikul id Tuaran kotoimo sakadai RM1 bilion |  Pisokodungan ogirot kapanahak koundaran kumaa artis nokoiyonon |  Seri Mengasih Centre expected to relocate by December |  Masyarakat perlu sentiasa bekerjasama membantu usaha perangi wabak denggi |  Kekaumas berjaya adakan program Sembang Santai bersama No’man |  Ketua Menteri akan rasmi Pesta Gambus Peringkat Negeri Ahad ini |  Pengampunan 2.0 diadakan di Inanam 24 dan 25 Feb ini |  Institusi JKKK penting tarik penglibatan rakyat majukan luar bandar: Musa |  Winning start for Juniors |  Jesselton Reds anniversary dinner on March 17 |  Luton A outgun Luton C in decider |  Football legends can transform youngsters into better players |  A clinical psychologist in East Malaysia |  Brazen street brawl caught police attention | 
 BM

KV Keningau, Aesthetics Plastic Surgery And Medical SPA tandatangani NoU

141117-mou-4
Bibiana dan Dr. Charles Lee menunjukkan NoU yang dimenterai.

14th November, 2017

KENINGAU: Pihak Kolej Vokasional (KV) Keningau dengan Aesthetics Plastic Surgery And Medical SPA telah menandatangani Nota Persefahaman (NoU) dalam menjalinkan kerjasama untuk memudahkan pelajar Kosmetologi KV mendapatkan pakar rujuk akademik.

Majlis ini masing-masing ditandatangani oleh Ketua Program Kosmetologi KV Keningau, Bibiana Paulus bersama dengan Pakar Pembedahan Plastik Dr. Charles Lee.

Bibiana berkata, NoU kali ini melibatkan Program Kosmetologi (JKM) dan Aesthetics Plastic Surgery And Medical SPA, bertempat di Gleneagles Hospital, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

“Objektif NoU antara KV Keningau bersama Aesthetics Plastic Surgery And Medical SPA adalah untuk memudahkan pelajar Program Kosmetologi mendapatkan seorang pakar sebagai rujukan akademik.

“Kolaborasi ini pastinya memberikan ilmu dan pengalaman yang berharga kepada pelajar sebelum keluar ke alam pekerjaan sebenar kelak,” katanya ketika menghubungi pemberita.

Sementara itu, Bibiana dalam ucapannya berharap agar kerjasama seperti ini boleh meningkatkan semangat kepada pelajar Program Kosmetologi untuk mendalami bidang kosmetologi secara saintifik terutama yang berhasrat ingin menyambung pengajian dalam bidang estetik.

“Pemeteraian NoU ini juga bakal memberikan kebaikan kepada KV Keningau dalam menjalankan pelbagai program yang melibatkan kedua-dua pihak,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Aesthetic Centre Manager, Liza Deborrey.-OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse