Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan bakal meriahkan Tambunan 25 Nov ini |  Golongan wanita perlu berani ceburkan diri dalam dunia usahawan |  Polis Labuan rampas pelbagai mesin judi simulator bernilai RM270,000 |  Jabatan Imigresen usir dua wanita Vietnam |  Remaja ditahan memandu bawah pengaruh alkohol, tiada lesen |  Dua beradik terselamat dalam kebakaran |  Lebih 5,000 graduan UMS diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-19 |  K'jaan Negeri umum bantuan khas kewangan RM1,500 penjawat awam |  Musa bentang Bajet RM4.1 bilion |  Team Izing dominate Soja Cafe Ranau Open Double Dart Challenge |  Even playing field for Sabah Rhinos hopefuls |  Drunk driver held after slamming car into army camp fence |  Plumber gets 12 years’ jail for raping disabled cousin |  2010 fire victim grateful for new house |  Pan Borneo – Project Delivery Partner questionable | 
 BM

KOSAN rayu kontrak bekal pakaian seragam sekolah dikekalkan

141117-lead-3
Noorzain (tujuh dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Tun Juhar (enam dari kanan).

14th November, 2017

KOTA KINABALU: Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) merayu kontrak pembekalan pakaian seragam pelajar sekolah rendah dikekal dan dikembalikan pemberian kepada dua set seorang.

Timbalan Pengarah KOSAN, Noorzain Tawi turut meminta harga pakaian tersebut dikaji semula bagi kontrak 2019 hingga 2029 bagi membantu pengoperasian koperasi berkenaan.

“Dengan penyambungan kontrak tersebut, operasi kilang-kilang KOSAN akan dapat diteruskan dan sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan sekitarnya melalui peluang-peluang perniagaan baharu dan seterusnya dapat menambah pendapatan koperasi ini.

“KOSAN juga berharap, kerajaan negeri dapat mengembalikan semula kuota pemberian pakaian seragam sekolah kepada dua set seorang berbanding satu set pada kontrak 2003 hingga 2018 kepada 200ribu pelajar di negeri ini,” jelasnya.

Tambah Norzain, disebabkan kuota berkenaan dikurangkan kepada sepasang untuk seorang pada kontrak yang 2003-2018 yang menyebabkan koperasi itu mengalami kerugian pada 2016 dan 2017 disebabkan peningkatan kos pengeluaran dan harga bahan mentah yang tinggi.

“Pendapatan KOSAN pada akhir Disember 2016 berjumlah RM11,053,146 dan tidak dapat menampung perbelanjaan sebanyak RM13,732,467.

“Walau bagaimanapun kami berusaha untuk melakukan terbaik untuk memastikan pembekalan dibuat mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP).

“Selain itu, KOSAN turut memohon supaya kajian semula kenaikan harga bagi setiap pasang pakaian seragam dan kasut mengikut harga pasaran terkini dijalankan memandangkan harga bahan mentah dan turut dipengaruhi oleh perlaksanaan gaji minimum yang diumumkan oleh kerajaan,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat bagi mendapat sokongan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin di Istana Negeri Sabah, pagi kelmarin.

   
Email Print
   
 
 
E-browse