Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
JKR Tawau jamin kerja naiktaraf longkang tidak jejas premis perniagaan |  Kerusi DUN Liawan semakin 'panas' |  Misi memacu Sabah kembali ke landasan betul: Musa |  Bodybuilding and physique coaching course on Aug 21 |  Olympic gold medallist to coach boxing squad |  Action soon on solving PPR Jalan Lintas Sibuga issues |  PJKAYS believes disadvantaged children too can succeed in life |  Four, including two sisters, fined RM2,500 each for drug abuse |  Eight years’ prison, cane for robbing teen boy’s cell phone |  Prostitution: Jail, fine for single mum |  ‘KOPEKS making profits since 2009’ |  Live streaming of Sandakan Day Memorial on social media |  Drainage upgrading will not affect business operations |  Nine villages in Kinabatangan forest reserve gazetted |  KK Polytechnic inks deals with 17 industry players | 
 BM

Rakyat Labuan diajak tingkatkan kesedaran mengenai alam sekitar

241017-lead-6
KITAR SEMULA…. Azhar (duduk kanan bersama Ketua kampung Sungai Bedaun, Morshidi Mokthar duduk diatas kerusi yang diperbuat daripada tayar terpakai sempena HASN 2017 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.

24th October, 2017

Oleh Jainudin Djimin

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, datuk Rozman Datuk Isli mengajak rakyat Labuan supaya bersama sama meningkatkan kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar yang bersih sihat dan berkualiti.

Beliau berkata, alam sekitar yang sentiasa bersih, sihat dan berkualiti adalah amat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

“Seandainya kita gagal memelihara alam sekitar dengan sewajarnya ia boleh mengundang kepada kemorosotan kualiti alam sekitar yang akhirnya akan menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat sejagat” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, 2017 di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, dekat sini Sabtu lalu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad. Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan, Amir Hamzah Musa dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Fadhilah Haji Mahmod.

Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata, masalah pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepajal dan toksik, penebangan hutan yang tidak terkawal serta fenomena perubahan iklim boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada alam sekitar dan ekosistem.

“Gangguan kepada ekosistem ini boleh mengakibatkan berlakunya pelbagai jenis bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Amir Hamzah yang turut berucap pada majlis itu turut mengajak masyarakat khususnya golongan belia di pulau ini untuk sama-sama meneliti semula tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Katanya, tanggungjawab itu adalah penting bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara dan terjaga.

Justeru itu beliau mengariskan empat tanggungjawab utama yang perlu dititikberatkan agar ia menjadi amalan masyarakat masa kini antaranya memakmurkan bumi, tidak membuat kerosakan terhadap alam sekitar, menghargai ekosistem dan mengekalkan keindahan alam sekitar.

Pelbagai pengisian telah diadakan termasuk Enviro Fun Run, Emviro Hunt, MyPokok, pertandingan mewarna, Gerai Pameran dan pertandingan fesyen dari bahan kitar semula.

   
Email Print