Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM Tawau minomogundop ponginaman mogohimu 50 tuung gas om 15 kutak tumau pagansak |  315 Pengakap Kanak-kanak Sabah Pramuka sertai Perkhemahan Pek Bercuti |  AADK Sandakan teruskan kempen Perangi Dadah Habis-habisan |  UMS akan bina 10 rumah komuniti di Tawau |  Lebih 5,000 mahasiswa UMS terima konvokesyen bermula 18 November ini |  Mahkamah Jenayah Seksual kanak-kanak bakal beroperasi di Sabah tahun depan |  Lebih 10 buah rumah di Labuan rosak akibat angin kencang |  AmGeneral Insurance announces its latest coverage package |  Kids from six countries to compete in Hot Wheels contest |  Ex-Sabah footballers for Quadrangular Tournament |  Chinese consulate warns nationals of scams |  Suspect in fictitious project has police records |  Flood victims from 12 KB villages evacuated |  DBKK pledges corruption-free |  Govt keeping close tabs on worsening weather | 
 BM

Hijrah ajak umat Islam muhasabah diri, kata Rahim

13th October, 2017

PAPAR: Peristiwa hijrah banyak mengajar umat Islam erti sebuah pengorbanan dalam kehidupan yang akhirnya ajaran agama Islam dapat disebarkan ke seluruh pelusuk dunia.

Ketua Umno Bahagian Papar, Datuk Seri Haji Abdul Rahim Ismail berkata, hijrah juga mengajak umat Islam untuk muhasabah diri dalam menempuhi perjalanan hidup.

Katanya, majlis sambutan Maal Hijrah yang dilaksanakan setiap tahun bertujuan untuk mengimbau kembali sejarah hijrah Rasulullah SAW bersama-sama kaum muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah.

“Maka selayaknya kita menggunakan kesempatan ini untuk menoleh sejenak ke belakang dengan melakukan penilaian sejujurnya, betapa jauh ketaatan kita, betapa banyak amal bakti yang telah kita lakukan selama ini untuk agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini,” katanya.

Abdul Rahim berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Maal Hijrah 1439H /2017M Peringkat Daerah Papar di Dewan Masyarakat Papar, kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, tema sambutan Maal Hijrah tahun ini iaitu ‘Kesatuan Ummah, Kesejahteraan Negara’ mempunyai makna mendalam kerana bertemunya kaum Muhajirin dan Ansar dalam peristiwa hijrah tersebut telah mengikat tali persaudaraan antara mereka sehingga rasa kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka dapat dirasai sehingga ke hari ini.

Beliau turut mengajak masyarakat Islam untuk sentiasa mengeratkan tali persaudaraan dari masa ke semasa dalam mencapai segala kemajuan yang diinginkan demi kesejahteraan negara.

“Janganlah kita berpecah belah, kerana perpecahan dan permusuhan itu akan mengakibatkan hidup kita sentiasa berada dalam kepayahan dan kesengsaraan,” jelasnya.

Selain itu, beliau meminta masyarakat Islam di negeri ini untuk menanam azam dan iltizam dalam menambah baik sumbangan terhadap agama, bangsa dan negara setiap kali tibanya tahun hijrah.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa penganjur yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

“Adalah diharapkan kerjasama yang sedia ada ini akan terus berkekalan sampai bila-bila bagi memastikan masyarakat daerah Papar dapat hidup dalam semangat kekeluargaan yang tinggi, ” tambahnya.

Pada majlis itu, Pg. Hj. Nohin Pg. Hj. Rauf dari Kg Kawang, Papar telah dipilih menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Papar 1439H/2017M.

Manakala, Anugerah Khas diberi kepada Hj. Ahmat Bin Jeman dari Kg. Pengalat Besar, Papar sementara itu Masjid Jamek Hj. Said Derun di Kg. Melagui Kelatuan, Papar dianugerahkan sebagai masjid cemerlang.

Bagi kategori Surau Terbaik pula telah dimenangi oleh surau Daru Ulum Kg. Berundong dan Taman Perkuburan Islam Kg. Pikat Bongawan menerima anugerah Ar-Raudah Terbaik.

Majlis penyampaian hadiah dan anugerah telah disempurnakan oleh Rahim.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang, Datuk Hj. Ghulam Haidar Khan Bahadar; wakil kepada Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Papar, Hj. Talip Rahim; Pengerusi Pelaksana merangkap Pegawai Daerah Papar, Adnan Hj. Atin; Pegawai Tadbir JHEAINS Papar, Masnor Mansur; Ketua Polis Daerah Papar, DSP Ladamah Hj. Sulaiman; Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pantai Manis, Hj. Ag. Arshad Hj. Ag. Kahar, ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, para pelajar dan para pemimpin dan masyarakat setempat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse