Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM Tawau minomogundop ponginaman mogohimu 50 tuung gas om 15 kutak tumau pagansak |  315 Pengakap Kanak-kanak Sabah Pramuka sertai Perkhemahan Pek Bercuti |  AADK Sandakan teruskan kempen Perangi Dadah Habis-habisan |  UMS akan bina 10 rumah komuniti di Tawau |  Lebih 5,000 mahasiswa UMS terima konvokesyen bermula 18 November ini |  Mahkamah Jenayah Seksual kanak-kanak bakal beroperasi di Sabah tahun depan |  Lebih 10 buah rumah di Labuan rosak akibat angin kencang |  AmGeneral Insurance announces its latest coverage package |  Kids from six countries to compete in Hot Wheels contest |  Ex-Sabah footballers for Quadrangular Tournament |  Chinese consulate warns nationals of scams |  Suspect in fictitious project has police records |  Flood victims from 12 KB villages evacuated |  DBKK pledges corruption-free |  Govt keeping close tabs on worsening weather | 
 BM

Pelajar PJJ UUM adakan program khidmat masyarakat di SK Beringis

13th October, 2017

PAPAR: Seramai 19 pelajar PJJ UUM semester tiga mengadakan program khidmat masyarakat dalam bentuk menganjurkan ceramah motivasi kepada pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Beringis pada September lalu.

Ceramah motivasi bertajuk ‘Persediaan Pelajar Tahun 6 Ke Sekolah menengah dan Program Latihan Dalam Kumpulan (LDK)’, telah disertai seramai 54 pelajar.

Mahasiswa UUM terbabit adalah pelajar dalam bidang Pengurusan Pentadbiran Awam sesi Julai 2017/2018.

Antara lain tujuan program itu diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa merasai serta menimba pengalaman dalam melaksanakan serta merancang sesuatu untuk masyarakat melalui program seumpama itu dengan menggabungkan pengetahuan dan tenaga sekaligus memberi sumbangan ikhlas kepada masyarakat.

Sementara objektifnya pula membantu dari segi pembangunan pendidikan pelajar untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tahun enam ke sekolah menengah supaya dapat meningkatkan disiplin dan membina sahsiah diri dalam kalangan pelajar sekolah.

Program berkenaan telah dibantu oleh Guru Besar SK Beringis sendiri iaitu Puan Mastiah Johari serta guru-guru. Penceramah jemputan pada hari itu ialah Pegawai Psikologi dari Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, Norzarihan Kasman.

   
Email Print
   
 
 
E-browse