Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Bid for youths to excel in education and sports |  Four Sabahans squash off for national duty |  Heads shaved in support of cancer-stricken children |  Six house break-in cases solved with arrest of trio |  RM1.4b lost to illicit cigs, liquor trade |  Big plans for Zamboanga-KK flight |  ‘Marrying off daughter does not end poverty’ |  Restoring Sandakan's glory as business, tourism centre |  Voice Out festival on Sept 29 |  Sabah silat records best-ever achievement |  Produk kukumaon hongon kinoizonon - JAF Handmade Collections |  Kopogohimuvan mositi uhanon tu koovit tanda kumaa ikonomi pogun |  Dadah kihoogo RM77,000 nagamu |  Say No To Shark Fin Soup |  Nazir to step down as CIMB group chairman | 
 BM

Remaja lelaki tidak pulang selepas keluar rumah 7 Oktober lalu

13th October, 2017

TAWAU: Seorang ibu di daerah ini bimbang memikirkan keselamatan anak lelakinya berusia 16 tahun selepas tidak pulang ke rumah sejak 7 Oktober lepas.

Muhammad Nazrin Firman yang bersekolah SMK Tawau dilapor tidak pulang ke rumah di Jalan Kuhara oleh ibunya Jumiati Ewang, 40.

Menurut Jumiati, Muhd Nazrin telah keluar dari rumah kira-kira jam 10 pagi pada hari kejadian dengan berjalan kaki namun tidak memaklumkan lokasi yang ditujunya.

Dia kemudian risau ekoran sehingga jam 8 malam Muhd Nazrin belum pulang ke rumah dan tidak pernah pulang lewat sebelum itu.

Menurutnya, Muhd Nazrin tidak membawa telefon bimbit dan kad pengenalannya dan sebelum kejadian Muhd Nazrin juga tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk meninggalkan rumah atau ingin lari dari rumah.

Muhd Nazrin juga katanya, tidak mengalami sebarang masalah dengan keluarga dan tidak pernah menimbulkan masalah.

Malah katanya anak keempat dari lapan beradik itu juga sangat rapat dengan beradiknya yang lain. Dia dan makcik Muhd Nazrin telah ke sekolah pada 10 Oktober untuk berjumpa dengan guru kelasnya iaitu cikgu Jasni dan dimaklumkan bahawa Muhd Nazrin telah tidak hadir ke sekolah sejak 9 Oktober.

Bimbang akan keselamatan Muhd Nazrin, Jumiati telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau selepas ke sekolah bagi melaporkan kehilangannya serta berusaha mencari di sekitar daerah ini bersama saudara-mara.

Sebarang maklumat mengenai Muhd Nazrin boleh menghubungi talian 0168203099 atau 01112086070.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus mengesahkan menerima laporan mengenai kehilang Muhd Nazrin. -OLEH: NAZRINI BADARUN

   
Email Print
   
 
 
E-browse