Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pertisa dan VOKfm yakin hubungan baik beri manfaat pada artis |  12 sikul id Tuaran kotoimo sakadai RM1 bilion |  Pisokodungan ogirot kapanahak koundaran kumaa artis nokoiyonon |  Seri Mengasih Centre expected to relocate by December |  Masyarakat perlu sentiasa bekerjasama membantu usaha perangi wabak denggi |  Kekaumas berjaya adakan program Sembang Santai bersama No’man |  Ketua Menteri akan rasmi Pesta Gambus Peringkat Negeri Ahad ini |  Pengampunan 2.0 diadakan di Inanam 24 dan 25 Feb ini |  Institusi JKKK penting tarik penglibatan rakyat majukan luar bandar: Musa |  Winning start for Juniors |  Jesselton Reds anniversary dinner on March 17 |  Luton A outgun Luton C in decider |  Football legends can transform youngsters into better players |  A clinical psychologist in East Malaysia |  Brazen street brawl caught police attention | 
 BM

Peluang timba ilmu Perbankan Islam

13th October, 2017

LABUAN: Program Kewangan Islam (HE23) Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan taklimat Perbankan Islam di Podium D, Bangunan Menara universiti itu, pada Rabu.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar, Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad, Ustaz Haji Mohd Nazri Chik.

Turut hadir Dekan FKAL, Prof Madya Dr Hanudin Amin. Timbalan-timbalan Dekan FKAL, Dr Lee Hock Ann dan Dr Mohd Fahmi Ghazali dan Pengurus Cawangan Bank Islam Labuan, Melvin Ogos @ Mohd Yahya Nawid.

Hadir sama Ketua Program HE23, Ahmad Aizudin Hamzah, pensyarah dan 140 pelajar.

Dr Hanudin berharap menerusi taklimat itu, pelajar yang mengambil jurusan Kewangan Islam akan mendapat pendedahan dan ilmu mengenai Perbankan Islam.

“Taklimat mengenai kursus yang diambil oleh pelajar akan diadakan secara berterusan supaya mereka lebih memahami secara lebih terperinci seperti mana yang diajar oleh pensyarah di bilik kuliah,”katanya. -OLEH: JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse