Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM Tawau minomogundop ponginaman mogohimu 50 tuung gas om 15 kutak tumau pagansak |  315 Pengakap Kanak-kanak Sabah Pramuka sertai Perkhemahan Pek Bercuti |  AADK Sandakan teruskan kempen Perangi Dadah Habis-habisan |  UMS akan bina 10 rumah komuniti di Tawau |  Lebih 5,000 mahasiswa UMS terima konvokesyen bermula 18 November ini |  Mahkamah Jenayah Seksual kanak-kanak bakal beroperasi di Sabah tahun depan |  Lebih 10 buah rumah di Labuan rosak akibat angin kencang |  AmGeneral Insurance announces its latest coverage package |  Kids from six countries to compete in Hot Wheels contest |  Ex-Sabah footballers for Quadrangular Tournament |  Chinese consulate warns nationals of scams |  Suspect in fictitious project has police records |  Flood victims from 12 KB villages evacuated |  DBKK pledges corruption-free |  Govt keeping close tabs on worsening weather | 
 BM

ATM tahan 34 individu bersama tujuh bot

13th October, 2017

SEMPORNA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) menahan 34 individu bersama tujuh buah bot yang dipercayai cuba merentas sempadan dan melanggar kawasan perintah berkurung.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brig Jen Zarondin Md Amin berkata kejayaan itu hasil tindakan agresif tim Quick Reaction Force (QRF) dalam melaksanakan pemintasan di perairan utara Pulau Danawan berdasarkan maklumat pengesanan radar.

Menurutnya, kesemua tahanan yang terdiri daripada lelaki itu dipercayai datang dari selatan Filipina serta tidak mempunyai pengenalan diri yang sah berumur 20 hingga 50 tahun ditahan kira-kira jam 8.39 malam kelmarin.

“Pemeriksaan lanjut telah dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Mabul dan mendapati kesemua individu tersebut telah melanggar perintah berkurung dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Kesemua Individu dan bot diserahkan kepada pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melalui PDRM Pulau Mabul untuk tindakan selanjutnya.

Zarondin berkata penahanan ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan kerana merupakan penahanan teramai yang dilakukan oleh ATB 2 pada tahun ini.

Beliau berjanji akan terus bekerjasama dengan ESScom untuk memantau dan menyekat sebarang aktiviti jenayah di perairan Pantai Timur Sabah demi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi penduduk tempatan. – OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print
   
 
 
E-browse