Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse |  Sabah captain Rawilson set for first national cap |  Nine top MTJA juniors for tournament |  Moves to protect marine resources |  MAWILLA 2 poundohion kumaa hongkod kavavagu |  Iso uvang, iso pomounan: Madius |  SONGKOSUVAZAN MINONINDUO MOGIIGIZON HAMIN DI SINUANG |  Up to 40 pct off with MAS’s Mid-Year Deals |  Aidi ziarah Rumah WargaTua Prichard, Hospital Papar |  Wakil rakyat lapor SPRM, dakwa ada monopoli dalam pembekalan ubat |  Kiulu destinasi lawatan wajib, sasar 1 juta pelancong menjelang 2025 |  Stephen minta PBT percepat bina Terminal Bas Bersepadu Sandakan | 
 BM

Penggunaan bahasa kebangsaan perlu dimartabatkan

13th October, 2017

KOTA KINABALU: Penggunaan Bahasa Kebangsaan perlu dimartabatkan sebagai wadah perpaduan rakyat. Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, bahasa merupakan salah satu pemangkin perpaduan rakyat pelbagai kaum.

“Semangat cinta akan bahasa perlu disemai secara kreatif dan terus-menerus supaya rakyat sentiasa memartabatkannya sebagai unsur penting dalam pembentukan tamadun bangsa Malaysia.

“Bagi menjayakan matlamat ini, kita perlu memainkan peranan masing-masing mendaulatkan bahasa kebangsaan tanpa mengira perbezaan kaum dan status sosial,” katanya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2017 Peringkat Negeri Sabah di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, pagi kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, Padilah Aliber kata, BBK merupakan acara tahunan yang dilaksanakan sejak dari tahun 1960-an.

“BBK menjadi sebahagian acara tahunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mendapat sokongan penuh kerajaan Malaysia.

“Ia merupakan kempen kesedaran terhadap kepentingan bahasa kita yang berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pemersatu,” katanya.

Pelbagai pengisian aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan yang diadakan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dengan tema ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ setiap kali menjelang Oktober.

   
Email Print
   
 
 
E-browse