Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM Tawau minomogundop ponginaman mogohimu 50 tuung gas om 15 kutak tumau pagansak |  315 Pengakap Kanak-kanak Sabah Pramuka sertai Perkhemahan Pek Bercuti |  AADK Sandakan teruskan kempen Perangi Dadah Habis-habisan |  UMS akan bina 10 rumah komuniti di Tawau |  Lebih 5,000 mahasiswa UMS terima konvokesyen bermula 18 November ini |  Mahkamah Jenayah Seksual kanak-kanak bakal beroperasi di Sabah tahun depan |  Lebih 10 buah rumah di Labuan rosak akibat angin kencang |  AmGeneral Insurance announces its latest coverage package |  Kids from six countries to compete in Hot Wheels contest |  Ex-Sabah footballers for Quadrangular Tournament |  Chinese consulate warns nationals of scams |  Suspect in fictitious project has police records |  Flood victims from 12 KB villages evacuated |  DBKK pledges corruption-free |  Govt keeping close tabs on worsening weather | 
 BM

Medan Selera Pekan Tuaran johan BeSS 2017

13th October, 2017

KOTA KINABALU: Medan Selera Pekan Tuaran yang dimiliki oleh Majlis Daerah Tuaran muncul sebagai johan dalam kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Pertandingan Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) 2017.

Pegawai Eksekutif MDT, Sadan Hj Hussain menerima anugerah tersebut daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor semasa Majlis Anugerah Medan Selera BeSS Peringkat Negeri Sabah di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di sini pada Khamis.

Mengiringi beliau ialah salah seorang pemilik gerai makan/minum dalam Medan Selera Pekan Tuaran, Lisa Chong. Naib johan dalam kategori PBT ialah Medan Selera Grace Point yang dikendalikan oleh Sutera Harbour Resort, diikuti oleh Medan Selera Anjung Senja dimiliki Sedcovest Hldings Sdn Bhd.

Dalam kategori swasta pula, Giant Foodcourt Keningau kepunyaan GCH Retail Sdn Bhd muncul sebagai johan. Tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Medan Selera Futsal Sandakan dimiliki Majlis Perbandaran Sandakan dan Imago Food Street kepunyaan Asian Pac Property Management Sdn Bhd.

Hadir di majlis itu ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Ginun Yangus; dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk James Wong.

Sementara itu, seramai 33 pemilik gerai makan/minum dalam medan selera seluruh negeri turut menerima Pengiktirafan BeSS 2017.

Medan Selera Pekan Tuaran mendahului senarai dengan lapan gerai yang mendapat pengiktirafan tersebut. Mereka ialah Peridah Enterprise, Farrah Catering, Fatimah Corner & Catering, D’Rasa Cafe & Catering, Monalisa Cafe, Cili Padi Borneo & Catering, Seri Armona Catering, dan Adys II Restaurant & Catering Services.

   
Email Print
   
 
 
E-browse