Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse |  Sabah captain Rawilson set for first national cap |  Nine top MTJA juniors for tournament |  Moves to protect marine resources |  MAWILLA 2 poundohion kumaa hongkod kavavagu |  Iso uvang, iso pomounan: Madius |  SONGKOSUVAZAN MINONINDUO MOGIIGIZON HAMIN DI SINUANG |  Up to 40 pct off with MAS’s Mid-Year Deals |  Aidi ziarah Rumah WargaTua Prichard, Hospital Papar |  Wakil rakyat lapor SPRM, dakwa ada monopoli dalam pembekalan ubat |  Kiulu destinasi lawatan wajib, sasar 1 juta pelancong menjelang 2025 |  Stephen minta PBT percepat bina Terminal Bas Bersepadu Sandakan | 
 BM

Industri kreatif tempatan perlu fokus kepada pelbagai sumber

13th October, 2017

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Pembangunan industri kreatif tempatan perlu fokus kepada pelbagai kekuatan dan kelebihan yang ada di Sabah terutama dari segi sumber kreatif, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata ini kerana Sabah terkenal dengan pelbagai budaya dengan sumber yang banyak dalam bidang seni pertunjukan, seni visual, filem dan kraftangan.

Katanya, Sabah juga mempunyai bakat kreatif besar yang secara konsisten membuktikan kebolehan mereka di peringkat kebangsaan, serta pelakon dan pembuat filem yang kini terlibat dalam industri skrin tempatan dan kebangsaan.

“Kita memiliki pelbagai jenis tarikan alam semulajadi, banyak flora dan fauna dan hidupan liar yang unik menjadikan Sabah satu destinasi menarik untuk projek dokumentari dan fotografi komersil, selain pembuatan filem,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena perasmian seminar Nurturing Sabah’s Rural Creative Communities, di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort (STAR), di sini, kelmarin. Teks ucapannya disampaikan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang.

Musa berkata tiga bidang utama Sabah yang boleh difokuskan ialah Warisan Budaya, Seni Persembahan dan Media Kreatif.

“Pendekatan ‘Uniquely Sabah’ ini akan memberikan prospek terbaik sekaligus meletakkan negara dalam persada pasaran industri kreatif nasional dan global.

“Walaupun kebanyakan langkah-langkah untuk memajukan industri kreatif berpusat di bandar, namun kebanyakan aset kreatif boleh dianggap sebagai ‘rural-centric’ dan kekuatan utama ‘creative place’ yang wujud di kawasan luar bandar boleh menarik pekerja kreatif,” katanya.

Beliau berkata industri kreatif di luar bandar berpotensi menjana pendapatan tinggi selain memberi peluang pekerjaan serta menyumbang kepelbagaian di luar bandar.

Sehubungan itu katanya kerajaan tempatan perlu memahami peranan industri kreatif di kawasan luar bandar bagi meneruskan dasar dan rancangan inovasi untuk pembangunan luar bandar.

Musa berkata, beberapa langkah strategik kerajaan untuk membangunkan sektor ini, termasuk kluster Industri Kreatif yang diketuai bersama IDS dan SEDIA Sabah yang telah berkembang positif dan menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Mengenai Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), beliau berkata ia dijangka siap tahun depan dan apabila siap kelak bangunan itu turut mempunyai sebuah Pusat Seni Persembahan bertaraf dunia untuk memenuhi konsert dan acara serantau dan antarabangsa.

“Saya yakin industri kreatif di negeri ini terus berkembang maju menjadi sektor dinamik pada masa akan datang. Sektor ini juga berperanan penting untuk menyokong keperluan masyarakat kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) Datuk Clarence Malakun, Pengarah Eksekutif IDS Datuk Mohd Hasnol Ayub dan Presiden Society of Performing Arts Kota Kinabalu Sabah (SPArKS) Roger Wang.

   
Email Print
   
 
 
E-browse