Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pertisa dan VOKfm yakin hubungan baik beri manfaat pada artis |  12 sikul id Tuaran kotoimo sakadai RM1 bilion |  Pisokodungan ogirot kapanahak koundaran kumaa artis nokoiyonon |  Seri Mengasih Centre expected to relocate by December |  Masyarakat perlu sentiasa bekerjasama membantu usaha perangi wabak denggi |  Kekaumas berjaya adakan program Sembang Santai bersama No’man |  Ketua Menteri akan rasmi Pesta Gambus Peringkat Negeri Ahad ini |  Pengampunan 2.0 diadakan di Inanam 24 dan 25 Feb ini |  Institusi JKKK penting tarik penglibatan rakyat majukan luar bandar: Musa |  Winning start for Juniors |  Jesselton Reds anniversary dinner on March 17 |  Luton A outgun Luton C in decider |  Football legends can transform youngsters into better players |  A clinical psychologist in East Malaysia |  Brazen street brawl caught police attention | 
 BM

Semua yang terlibat akan dipanggil: KP SPRM

13th October, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN

SEMPORNA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semua yang terlibat dan berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 bilion antara tahun 2009 hingga 2015.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad ketika ditemui pemberita berkata setakat ini seramai 45 orang telah dipanggil termasuk tujuh yang ditahan bagi membantu siasatan dan memaklumkan lebih ramai lagi akan dipanggil dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang terlibat atau mempunyai kaitan berhubung isu berkenaan termasuk bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan dipanggil jika perlu bagi membantu siasatan.

“Bila ada keperluan tangkapan kita akan lakukan dan maklumkan kepada pemberita, kita akan panggil semua yang terlibat.. Seperti mana yang dinyatakan kita akan siasat lebih 70 projek melibatkan amaun RM1.5 bilion yang diseleweng, dari itu bagi masa pada SPRM untuk buat siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kg Sungai Intan selepas melawat Projek Loji Rawatan Air Sungai Intan yang menjadi salah satu projek di siasat pihaknya selepas gagal memberi manfaat kepada penduduk.

Katanya, setakat ini siasatan berhubung isu penyelewengan dana projek luar bandar oleh KKLW itu hanya memfokus kepada Sabah terlebih dahulu namun akan melihat negeri lain selepas ini.

Dalam masa sama katanya, selain projek loji rawatan air Sungai . Intan yang dalam siasatan, SPRM juga sedang melihat projek lain yang berkaitan terlibat salah guna dan rasuah di Sabah.

“Memang ada projek lain dan SPRM Sabah akan kemas kini perkara dan peringkat ibu pejabat pun ada yang bertanggungjawab menghebahkan kepada media,” katanya.

Ditanya mengenai nilai sitaan terbaharu kes berkenaan, Dzulkifli berkata setakat ini nilai sitaan masih kekal RM180 juta tetapi tidak menolak kemungkinan akan ada sitaan baru dilakukan pihaknya dalam masa terdekat.

Dzulkifli dalam pada itu berkata siasatan SPRM mengenai kes berkenaan bukan bermotifkan parti politik sebaliknya melibatkan peruntukan persekutuan yang berlaku isu salah guna dan rasuah.

“Kalau lihat tangkapan bukan sahaja parti Warisan tetapi ada juga dari Umno tetapi pada kita ianya bukan asas dari mana-mana parti politik tetapi berdasarkan bukti dan keterangan yang akan dan sedang diperolehi,”katanya.

Sementara itu mengulas mengenai projek loji rawatan air yang sedang disiasat SPRM beliau berkata ianya jelas tidak dapat digunakan walaupun sudah siap sehingga mengecewakan penduduk kampung yang telah menunggu sejak 30 tahun untuk mendapat bekalan air.

“SPRM begitu serius lihat perkara ini dan kita berharap agar pelaksanaan dasar dan polisi yang diputuskan kerajaan persekutuan dan negeri dilaksanakan dengan jujur dan amanah tanpa ada unsur rasuah dan salah guna kuasa.

“SPRM akan ambil tindakan untuk memastikan segala hak dan kepentingan rakyat tidak berlaku ketirisan sebab kita ingin pastikan segala projek dilaksanakan kita tidak mahu buat projek tapi tidak dapat diguna sedangkan penduduk sudah tunggu 30 tahun,”katanya lagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse