Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
‘Bed Intruder’ songster turning fame into a future |  Secret testimony reveals stars’ loss |  Michael Douglas optimistic about cancer recovery |  Petronas buys BP’s stakes for US$363 million |  KL shares end mixed |  Bukit Kiara reports RM1.2 million sales |  Properties worth RM550m sold at SHAREDA expo |  Gompion kinomordikaan maya’ piuludan orurukut tinaru: Ghani |  80 natantaman PATI tinaan id kalaja ponoihian posoihi kakadazan Keningau |  Koonduan nopujulan kiniopon miampai tahanan noihitan wayol |  PANG HUMINABUS LDP OM GUMINABAS KALAJA PAATI |  Akta Persaingan 2010 akan sumbang pasaran berdaya saing |  Syarikat Jepun berminat labur dalam industri sawit |  Rakyat rugi jika ambil keputusan tidak sokong kerajaan: Sairin |  Wanita ditemui mati dengan leher dijerut wayar | 
 BM

Operasi besar-besaran usir pendatang asing di sabah

26th June, 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berkata kerajaan akan melancarkan operasi besar-besaran untuk mengusir Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri berkata operasi itu akan membabitkan semua warga asing yang telah dikenal pasti tidak mempunyai sebarang dokumen sah sama ada daripada negara asal mereka mahupun kerajaan Malaysia. “Kita akan hantar balik mereka ini ke negara yang boleh terima mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Khas Pendatang Asing Tanpa Izin Sabah, di sini. Najib berkata langkah itu akan dilaksanakan selepas beliau berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah tidak lama lagi.

Setakat ini, beliau berkata kira-kira 300,000 pendatang asing tanpa izin dari Sabah telah dihantar pulang. Ditanya sama ada langkah itu diambil berikutan desakan oleh parti komponen BN di Sabah, Najib berkata ia bagi mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu pendatang tanpa izin yang kritikal di Sabah.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan telah mengenal pasti isu itu sebagai masalah serius dan penduduk Sabah mahu tindakan efektif diambil. Menegaskan pendatang tanpa izin merupakan isu yang rumit di Sabah, Najib berkata pengusiran warga asing dari negeri itu akan dilaksanakan peringkat demi peringkat.

“Ada macam-macam dakwaan, ia masalah yang rumit, biar kami kendalikannya peringkat demi peringkat,” katanya ketika ditanya mengenai dakwaan ramai pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan Malaysia dan dokumen lain untuk memastikan kehadiran mereka di Sabah adalah sah.

Mengenai sama ada operasi itu akan meliputi warga asing yang tinggal di beberapa penempatan sejak 1970-an, Najib berkata ia mungkin. “Sesetengah daripada penempatan itu mungkin akan terbabit tetapi ini adalah antara perkara yang kami akan kaji. Tetapi apa yang penting ialah komitmen kami (kerajaan) untuk menangani masalah ini,” katanya.

Kepada soalan lain apakah punca kepada masalah itu, Najib berkata terdapat banyak faktor termasuk kegagalan pendatang tanpa izin untuk mengenal sempadan dan peluang ekonomi di Sabah.

“Kami juga tahu ada yang datang secara sah tetapi tinggal melebihi tempoh dan menjadi pendatang tanpa izin,” katanya.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline