Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Lelaki terbunuh kereta terhumban parit |  Hukuman mati 32 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan |  Keningau, Tawau seal grand final tickets |  Water supply – review can save RM1 billion |  Sabah opposition grill Warisan |  Halloween Fest fun for children at Centre Point Sabah |  Saturday Hawkers’ fest with a treat |  Polinta kigaab papahantoi projik ampangan |  KL BAH, GHRT Ekstrem nakahantoi Pihavanan Borneo Paintball 2018 |  Konvokesyen susumikul Tabika/Taska Boogizan Parliament Tenom |  Ukum patazon 33 kahasaan id siibo vahu akta pinunso |  Business community urged to join Sabah Export Day |  Decrease price rate to boost economy |  No closure yet for Kgau, Tawau IPGs |  Trash-free event at first Tanjung Aru Beach Fest | 
 BM

62 penagih diberkas dalam Ops Bersepadu AADK

0810_aadk_2
UJIAN AIR KENCING .... Anggota ops melakukan ujian saringan air kencing kepada individu yang diperiksa dalam ops itu.

9th October, 2017

TAWAU: Dalam tempoh tidak sampai tiga jam, seramai 62 suspek penagih dadah diberkas dalam Ops Bersepadu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tawau.

Pegawai AADK Tawau, Abdul Ghani Keruput berkata jumlah tangkapan itu yang terbesar direkodkan di Sabah setakat ini bagi tahun 2017.

Tangkapan kesemua suspek yang terdiri daripada 56 lelaki dan enam wanita itu dilakukan di dua pusat hiburan di daerah ini awal pagi kelmarin bermula jam 12.30 pagi dan berakhir 3 pagi.

“Kesemua suspek berumur 18 hingga 45 tahun ditahan selepas positif ujian awal saringan air kencing,” katanya. Abd Ghani berkata suspek didapati positif mengambil dadah jenis syabu, ketamin dan ganja yang dipercayai diambil ketika berada di dalam pusat hiburan.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah dan Rawatan dan Pemulihan 1983. Turut serta dalam operasi itu Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) termasuk Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Tawau Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah.

Menyentuh operasi terbabit, Liew berpuas-hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan sepanjang Ops Bersepadu AADK itu berjalan.

“Saya selalu menerima maklumat kononnya operasi yang sering dijalankan penguatkuasa tidak mengikut SOP ditetapkan, tetapi dalam operasi ini saya berpuas-hati,” katanya.

Beliau juga merayu supaya pihak berkuasa tempatan mengkaji semula pengeluaran lesen operasi pusat-pusat hiburan, khususnya yang dikhuatiri dijadikan tempat jual-beli dadah.

Sementara itu Ketua Jabatan Imigresen Tawau, Noraini Rasi mengesahkan seorang lelaki turut ditahan dalam operasi itu selepas tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah di bawah Seksyen 6 (1) © Akta Imigresen 1963.

Operasi itu telah memeriksa seramai 110 individu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse