Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ruth Gidion luahkan tangisan dalam lagu |  Sambutan ulang tahun ke-60 SMK Tawau hari ini |  Persidangan Antarabangsa Sains Marin dan Akuakultur (ICOMSA) 2018 |  Perubatan Tradisional dan Komplementari anjur taklimat percuma |  Masyarakat perlu lebih peka bantu perangi gejala penyalahgunaan dadah |  Dua masih hilang bot dinaiki karam di Sungai Besar Kalabakan |  MPS, Sabah Green Development kerjasama tingkat penambahbaikan fasiliti di lokasi pelancongan |  Pelajar bertempiaran bila dua blok bangunan SK Sentosa musnah |  Explosive Borneo Derby on the cards |  Over 80 kick boxers fighting for honours |  Jevinton wins Chairman Cup, RM20,000 prize money |  Sabah ready to make presence felt |  PMBS once again to hold state-level Pesta Gambus |  Helicopter Academy – No aircraft booked for elections |  MMEA helicopter pilots first batch to graduate from Academy | 
 Leisure

Berani cuba sesuatu yang baru: Pengasas Radya Kosmetik

5th October, 2017

SANDAKAN: Sentiasa berani mencuba sesuatu yang baharu dalam apa jua bidang perniagaan, demikian prinsip pengasas produk kecantikan, Radya Kosmetik, Rosmini Ladaba.

Jelasnya, prinsip itu membawanya untuk tekad beralih daripada perniagaan butik Muslimah kepada perniagaan kosmetik sejak lapan bulan lalu.

Ujarnya, selain mahu mencuba sesuatu yang baharu, beliau ingin berjaya sekaligus membantu lebih ramai usahawan dalam bidang kecantikan.

“Dulu saya bermula dengan perniagaan butik muslimah dan kini beralih kepada perniagaan kosmetik kerana saya tekad ingin mencuba sesuatu yang baharu dan berusaha membantu ramai lagi usahawan wanita yang juga mahu berjaya dalam bidang ini.

Rosmini berkata, meskipun baru sahaja berada di pasaran, namun jualan produk kecantikan keluaran Radya kini sudah terjual kira-kira 80 ribu set dan mendapat sambutan dalam kalangan pengguna seluruh Sabah.

Malah kini jelasnya, beliau ingin mencuba pasaran di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan juga di negara jiran, Indonesia.

Produk kecantikan yang berasaskan kayu manis dan minyak argan bagi sabun kecantikan, krim siang berasaskan rumpai laut dan krim malam berasaskan sarang burung, produk ini sedang dalam proses menyediakan formula baharu bagi produk kolagennya yang berasaskan bunga sakura yang pada masa akan datang.

Beliau yang merupakan anak tempatan Sandakan berkata demikian ketika ditemui pada satu majlis pelancaran produk Radya, disini baru-baru ini.

Majlis perasmian pelancaran produk kecantikan Radya itu dirasmikan telah oleh Datin Junaidah Aji yang juga isteri kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Pada majlis itu, lebih 20 usahawan wanita dan lelaki yang mempunyai jualan tertinggi produk kecantikan Radya diraikan dan turut memeriahkan majlis dengan persembahan daripada Sakinah vs Ondu dan Loy Bikin Panas. – OLEH ALIZA ALAWI

   
Email Print
   
 
 
E-browse