Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 Leisure

Tujuh kumpulan berentap pada Festival Teater Negeri

5th October, 2017

KOTA KINABALU: Orang ramai dipelawa menyaksikan secara percuma Festival Teater Negeri (FTN), di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah pada 4 hingga 10 Oktober ini, bermula jam 7.30 malam.

Menurut Pegawai Komunikasi Korporat JKKN, Mohd Zaidizam Mohd Dila tujuh kumpulan akan berentap iaitu Karma, 44’Ronin Stage, Borneo Komrad, Creative Stage, Seni Utara Kudat (SUKUD), Stage Production dan Rumpun Seni Budaya Tawau (RUSTA).

Bermula 4 Oktober Kumpulan Karma akan membuka pentas penilaian dengan mempertaruhkan teater ‘Dari M ke M’ karya Marlenny Deenerus arahan Sitti Hajar.

Turut mempamer aksi, Kumpulan Stage Production yang memberi kepercayaan kepada kreativiti Shah Zainal mengolah dan mengarahkan teater eksperimental ‘Mambo Horse’ karya Roslee Mansur pada malam berikutnya (5 Oktober).

Selain itu, Kumpulan 44’Ronin Stage juga bakal menggerakkan ‘Boneka Hidup’ karya Roydy Rokidy serta arahan Stacy Ezra dan Borneo Komrad membawa ‘Kompek Hitam’ karya Mukmin Nantang, pada 7 Oktober ini.

Turut memberikan saingan, ‘Tragedi Salmah’ karya Siti Fatimah yang diolah Alloy Azzaly dan diarahkan Azlan Saldi akan dipersembahkan oleh Kumpulan Creative Stage, manakala ‘Gambus Maulana’ karya Awang Karim Kadir pula akan ditampilkan oleh kumpulan Seni Utara Kudat (SUKUD) pada 9 Oktober.

Penilaian manifestasi teater akan diakhiri dengan karya Tokoh Teater Negeri Sabah, Hassan Saprin dengan tajuk ‘Gong’ arahan Ramlee Sulaiman @Hashim yang akan dipersembahkan oleh Rumpun Seni Budaya Tawau (RUSTA) pada 10 Oktober.

Jelas Mohd Zaidizam, FTNS 2017 memberikan tanggungjawab kepada tiga orang juri yang diketuai oleh Pegawai Jabatan Pendidikan Kota Kinabalu , Ramle Carlo untuk membuat penilaian terhadap kumpulan teater yang bakal mewakili negeri di peringkat kebangsaan bagi mencari enam kumpulan terbaik dari seluruh negara.

   
Email Print
   
 
 
E-browse