Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

48 murid bersaing Anugerah Tokoh Nilam daerah Tongod

30th September, 2017

TONGOD: Seramai 48 calon berentap dalam Majlis Anugerah Tokoh Nilam 2017 daerah Tongod, Telupid yang telah diadakan dengan jayanya di SK. Telupid.

Program Nilam merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan Tokoh Nilam peringkat daerah adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang telah berjaya menjalankan program Nilam dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan seterusnya menjadi wakil yang benar-benar mantap dan berkemampuan bagi mewakili daerah Telupid ke peringkat bahagian, negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan.

Objektif Program Nilam adalah meningkatkan aktiviti-aktivti galakan membaca, meningkatkan minat membaca yang berterusan, memantapkan Program Nilam serta melahirkan dan mengenal pasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketrampilan serta mempunyai mempunyai sifat kepimpinan.

Majlis perasmian dan penutupan Program Anugerah Tokoh Nilam 2017, telah disempurnakan oleh Tommy Amir, Penolong Pegawai, Pejabat Pendidikan Daerah Tongod, Telupid.

Dalam ucapan perasmian, beliau menasihatkan kepada para pelajar supaya membiasakan diri dengan amalan membaca tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Disamping itu, beliau menggalakkan para pelajar agar mengikuti dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.

Tommy turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada lapan orang Hakim Penilai, yang terdiri dari guru-guru pakar bahasa di sekolah rendah dan sekolah menengah yang diketuai oleh Jailly Bin Losod. Para hakim membuat penilaian dalam tiga bahagian, iaitu Bahagian Penulisan, Lisan Individu serta Lisan Berkumpulan. Turut mendapat Sijil Penghargaan adalah 25 orang AJK Pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan program Anugerah Tokoh Nilam ini.

Tokoh Nilam bagi Kategori Sekolah Rendah Telah dirangkul oleh Gabriel Ezri Rukimin dari SK. Pekan Telupid dengan mendapat 94 peratus mengatasi pesaing terdekatnya Isaac John Michel dari SK. Ulu Sapi yang mendapat 93 peratus dibezakan hanya 1 mata sahaja.

Sementara itu, Tokoh Nilam bagi Kategori Sekolah Menengah pula telah diungguli oleh Eskah LC Lawrence dari SMK Telupid dengan mendapat 91%. Semua peserta adalah terdiri dari murid-murid Tahun 5 (2017) dan Pelajar Tingkatan 4 (2017). Pemenang akan mewakili Daerah Tongod, Telupid ke Pertandingan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Bahagian pada awal Tahun 2018. -OLEH JAMES LEONG

   
Email Print
   
 
 
E-browse