Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dua keluarga nekad hantar anak lelaki ke pusat rawatan dan pemulihan dadah |  Robert nafi tinggalkan StarSabah |  Too early to determine success or failure of KB paddy project – Dr Ronald |  CM hands over 2,300 individual land titles |  Virus break lets Shalin hit pause button - and prepare for restart |  ‘Don’t let them waste away’ |  Back to golfing as State squad prepares for Sukma Games |  Pendakian ke puncak Kinabalu dengan normal baharu |  Climbing Mt Kinabalu in the new normal environment |  All Sabah schools soon to be fully reopened with strict SOPs |  Gibraltar BSN extends Customer Relief Programme |  Tabung Haji records RM1.55 bln investment income in H1 2020 |  Perodua: Myvi 1.3L G (S-Edition) is for Brunei market |  Media Sandakan nakaramit toluod tokop todung om kabang |  Robert Tawik minogolim tuminongkiad do StarSabah | 
 BM

Konsert Badan Amal Gabungan Artis Sabah akan diadakan 22 Okt ini

27th September, 2017

OLEH JOANES ROBERT JOHNNY

TUARAN: Persatuan Badan Amal Permata Ikhlas Sabah akan mengadakan satu Konsert Badan Amal Gabungan Artis Sabah di Tuaran pada 22 Oktober 2017 ini.

Menurut Presidennya, Syra Peter Gom, memberitahu, program berkenaan bertujuan untuk mencari dana bagi membantu golongan memerlukan di sekitar Sabah yang telah dikenal pasti oleh badan berkenaan.

Antara pengisian sepanjang program amal itu nanti adalah Pertandingan Karaoke, Busan Etnik, Kempen Derma Darah termasuk pemeriksaan tekanan darah secara percuma dan pembukaan lot-lot gerai menjual makanan dan minuman.

“Setakat yang kami telah bincangkan, seramai 25 artis telah pun mengesahkan penyertaan di dalam program ini,” katanya.

Antara nama-nama besar dalam arena seni hiburan tempatan Sabah yang telah mengesahkan penyertaan mereka ialah Clarice John Matha, Esther Applunius, dan Rozza Rothman.

Katanya, Persatuan Badan Amal Permata Ikhlas Sabah merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membantu golongan memerlukan tanpa mengira bangsa dari daerah ini, dimana kini telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Sabah (ROS) sejak 7 Julai 2017.

“Kami mempunyai seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Penaja, dan kini membuka penyertaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli tidak mengira bangsa dan agama dari seluruh negeri Sabah,” katanya.

“Buat masa ini, semua kegiatan kita dalam persatuan adalah lebih tertumpu kepada program amal sahaja, kerana misi atau fokus utama kita adalah untuk membantu masyarakat,” katanya.

Beliau memberitahu, selama ditubuhkan, pelbagai program amal telah dibuat oleh mereka seperti membantu mangsa-mangsa kebakaran di Keningau, dan Kiulu selain membuat tinjauan dan lawatan amal ke Kampung Penulangan Ranau, Penimbawan Tuaran, sebuah perkampungan di daerah Papar dan banyak lagi.

Jelas beliau, mana-mana perkampungan yang telah mereka lawati sebelum ini merupakan antara sasaran utama untuk diberi sumbangan menerusi konsert tersebut nanti.

Syra menegaskan bahawa persatuan itu juga tidak pro kepada mana-mana parti politik sama ada kerajaan mahu pun pembangkang, tetapi cuma berjalan sebagai sebuah badan NGO semata-mata.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program itu boleh menghubungi 010-9834699 atau melayari laman sosial Facebook mereka (PB Amal Permataikhlas Sabah).

   
Email Print