Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sepanggar eyeing unique double |  Haze: Slight increase in treatment of Sabah patients |  Another biker killed while overtaking |  Chief Minister launches annual Foh Sang Mooncake celebrations |  Sambutan Hari Ozon Sedunia tingkat kesedaran pemuliharaan alam sekitar, kata Rozman |  Preserving the environment by teaching children to love it |  SICC to be ready in December |  Kopotundaan id watas Parlimen Pensiangan onuan koposuulan |  Molohing kiguno manapad pomogunaan kakamot elektronik do tanak |  Program One Stop Help Center (KAWAN) mudahkan rakyat: Rozman |  52 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di KK |  Buruh terbunuh motosikal bertembung pacuan empat roda |  Kerajaan akan ambil perhatian masalah penduduk, kata Peter |  Kerajaan perlu bantu golongan profesional muda: Razali |  Jerebu beransur pulih Okt ini: Issnaraissah | 
 BM

104 pelajar Labuan jayakan Program Bermalam di Muzium 2017

19th September, 2017

LABUAN: Seramai 104 pelajar terpilih daripada 10 sekolah menengah di sini menjayakan Program Bermalam di Muzium Marin Labuan sempena Program Perdana Bermalam Di Muzium 2017 yang diadakan serentak di seluruh negara pada Jumaat lalu.

Program selama dua hari anjuran Jabatan Muzium Labuan yang berakhir pada Sabtu itu telah dirasmikan majlis penutupannya oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Labuan, Maimon Matnoh.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Muzium Labuan, Salmiahwati Djafar, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Dayang Rahimah Pg Hassan, Pegurus Tourism Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Norhidayah Mohd Nor dan Pegawai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Asmidar Muhnawir.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Muzium Labuan, Salmiawati Djafar ketika berucap berkata, program tersebut yang dianjurkan serentak di seluruh negara untuk tahun kedua berjaya sekali lagi dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan jumlah penyertaan seramai 1,959 pelajar termasuk 104 pelajar dari Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pada tahun ini Jabatan Muzium telah berjaya mencatatkan satu lagi rekod baharu apabila seramai 1,959 pelajar dari 32 Muzium dari seluruh negara menyertai program tersebut sekaligus mengatasi rekod tahun lalu iaitu seramai 1,573 pelajar,” katanya.

Jelasnya, antara lain objektif program tersebut ialah bagi mengukuhkan peranan muzum sebagai intitusi pendidikan tidak formal, selain mendidik dan membentuk generasi muda yang berpengetahuan dan peka terhadap khazanah warisan negara disampung membina kepimpinan dan jati diri.

Sementara itu, Maimon dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada 104 pelajar yang berjaya menyertai program tersebut.

Katanya, penganjuran Program Bermalam di Muzium merupakan salah satu cabang program pendidikan dan pengembangan muzium yang dilihat bukan sahaja mampu mendekatkan pelajar dengan muzium, tetapi juga memartabatkan fungsi dan peranan muzium untuk kekal relevan.

“Pada hari ini peranan institusi pendidikan dan muzium menjadi seiring dan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya iaitu tempat penyimpanan barangan purba dan para pelajar bukan sahaja datang untuk menimba ilmu tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang dua hari program itu berlangsung antaranya, Lathan Dalam Kumpulan, Aktiviti Kepimpinan, Senamrobik, persembahan Pentomen Negaraku Merdeka dan Laungan Puisi Aku Anak Merdeka. -OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse