Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ruth Gidion luahkan tangisan dalam lagu |  Sambutan ulang tahun ke-60 SMK Tawau hari ini |  Persidangan Antarabangsa Sains Marin dan Akuakultur (ICOMSA) 2018 |  Perubatan Tradisional dan Komplementari anjur taklimat percuma |  Masyarakat perlu lebih peka bantu perangi gejala penyalahgunaan dadah |  Dua masih hilang bot dinaiki karam di Sungai Besar Kalabakan |  MPS, Sabah Green Development kerjasama tingkat penambahbaikan fasiliti di lokasi pelancongan |  Pelajar bertempiaran bila dua blok bangunan SK Sentosa musnah |  Explosive Borneo Derby on the cards |  Over 80 kick boxers fighting for honours |  Jevinton wins Chairman Cup, RM20,000 prize money |  Sabah ready to make presence felt |  PMBS once again to hold state-level Pesta Gambus |  Helicopter Academy – No aircraft booked for elections |  MMEA helicopter pilots first batch to graduate from Academy | 
 BM

Rakyat perlu hargai erti kemerdekaan

14th September, 2017

OLEH RIZALMI LIMAN

TAMBUNAN: Pupuk penghayatan kemerdekaan kepada generasi muda agar dapat terus menghayati dan menghargai erti kemerdekaan sepanjang masa.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, generasi muda masa kini dan akan datang jangan sesekali lupa bahawa semua yang dikecapi pada hari ini tidak berlaku dengan sekelip mata.

“Kemerdekaan diperolehi berkat usaha para pemimpin lampau dan bapa-bapa pendahulu hinggalah ke era kerajaan yang ada pada hari ini.

“Sesungguhnya perjuangan mereka bukanlah sesuatu yang mudah dan kerana pengorbanan merekalah kita menjadi rakyat yang merdeka pada hari ini.

“Semoga negara Malaysia akan terus makmur dan sejahtera untuk 100 tahun lagi dan selama-lamanya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Tambunan 2017 di Pisompuruan Square, di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, sambutan bulan kemerdekaan aadalah sebagai tanda memperingati memperingati perjuangan pejuang kemerdekaan yang banyak berkorban untuk menuntut kemerdekaan suatu ketika dahulu.

“Setiap kemerdekaan memerlukan sebuah perjuangan murni dan pengorbanan yang tiada tandingan. “Terdapat pelbagai cara lain untuk kita menzahirkan rasa cinta kepada negara selagi ianya tidak melanggar undang-undang.

“Dalam menyambut bulan kemerdekaan kali ini, marilah kita fikirkan cara lain menunjukkan rasa cinta kepada negara khususnya kepada golongan muda-mudi.

“Bimbinglah dan pupuklah semangat kemerdekaan didalam diri generasi muda dan anak-anak kita yang bakal mencorak Negara kita di masa akan datang,” jelasnya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse