Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
E-Commerce penggerak ekonomi digital, kata Karen |  Lebih 2,000 warga Labuan sertai Program Pertanian Bandar |  Sambutan Hari Krismas di Padang Bandaran Sandakan 3 Disember |  140 warga kerja ESSCOM lafaz IBR |  Pertandingan Gasing Berlaga Uri dapat sambutan kalangan pelajar SK. Kawang |  PPM juragan, rampas 24 tong LPG dan 13 guni |  Lebih 700 murid Tabika Perpaduan Bandaraya KK, Penampang/Putatan terima sijil |  Sairin: Dianggarkan RM45j diperlukan perbaiki sungai di DUN Liawan |  Penanaman pisang secara komersil boleh beri pendapatan lumayan: Yahya |  UMS peruntuk RM99,000 bantuan kebajikan kepada 178 pelajar baharu B40 |  Kecuaian seorang pemandu nyaris membawa maut kepada pengguna lain |  Sabah golfers win in style |  Sabah rugger Nathanael receives Blue Award |  Treat awaits martial arts enthusiasts |  UMS students learn English the Fun-tastic way | 
 BM

Mula terap semangat patriotik kepada pelajar tabika: Ewon

14th September, 2017

RANAU: Ahli Parlimen dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin menggesa ibu bapa dan guru-guru supaya melaksanakan penerapan semangat patriotik dan perasaan cintakan negara dilakukan bermula daripada pelajar peringkat tabika lagi.

Katanya, umur diperingkat tabika ini adalah golongan yang paling mudah untuk menerima apa sahaja benda yang dibekalkan kepada mereka termasuklah memahami pelbagai jenis bahasa, budaya, muzik, cerita-cerita kerakyatan, jenis makanan dan sebagainya.

“Jika anak-anak peringkat Tabika ini diasuh dan diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti rajin berusaha, hormat menghormati, bertolak ansur, bersikap adil dan jujur serta mencintai keamanan dan keharmonian maka sewajarnya anak-anak itu akan menjadi orang berguna bila dewasa nanti.

“Begitu juga kalau semangat patriotik itu kita semai sejak kanak-kanak yang berada di peringkat ini, sudah pasti mereka akan taat setia kepada negara dan mengamalkan kerukunan yang telah digaris-pandukan,” tambahnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Kemerdekaan gabungan lima buah Tabika/Taska di dewan mini kampung Kigiok, kira-kira 10 kilometer dari pekan.

Menurut Ewon, sebagai warganegara ibu bapa, para guru dan anak-anak perlu mengetahui kesulitan menuntut kemerdekaan yang telah diharungi oleh rakyat dan para-pejuang ketika zaman penjajahan.

“Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan rakyat terdahulu yang perlu dipelihara, dipertahan dan dikenang selamanya agar kita terus maju dalam semua bidang, hidup aman harmoni dan damai sejahtera,” tegasnya.

Tambahnya, masyrakat harus bersyukur dengan kemerdekaan ini kerana berpeluang mentadbir negara sendiri dengan mengatur, merencana dan melaksanakan pembangunan menurut kehendak dan kesesuaian semua rakyat.

“Semasa penjajahan, peluang untuk majukan diri sendiri amat tipis. Sebagai contoh, walaupun penjajah mendirikan sekolah untuk rakyat tetapi ia hanya sekadar untuk mendidik masyarakat kita supaya memahami bahasa mereka bagi memudahkan pentadbiran mengaut hasil dari bumi kita,” tegasnya.

Terdahulu, pengerusi majlis Awang Shaari Jumat berkata, tujuan majlis berkenaan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan KEMAS dengan ibu bapa.

Pada majlis itu, Ewon memuji para ibubapa dan guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan majlis itu melalui pelbagai aktiviti. Program mereka-bentuk pakaian para pelajar menggunakan bendera Negara dan Negeri secara tidak langsung telah menanam perasaan cintakan tanah air kita, katanya.

Ewon turut meluluskan peruntukan sebanyak RM500 kepada setiap sebuah daripada lima buah Tabika tersebut bagi keselesaan pengurusan harian mereka.

Turut hadir pada majlis itu pegawai KEMAS daerah Aliudin Yassin, Pegawai Pembangunan Masyarakat Paginatan Georgina Leong, Pegawai Khas Parlimen Ranau Japirin Sahadi, guru-guru dan pemimpin setempat.-OLEH JIMMY AKAU

   
Email Print
   
 
 
E-browse