Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PMS popobuzu RM20,000 tikid uvang di kihizab manaandak Kalamazan Kalimaran |  KOTUNDAAN SABAH MOMOGUNO PISOKODUNGAN TOTINDUGU DO KOONDUAN OM KOKUSAZAN: MUSA |  Utamakan kualiti projek, beri manfaat kepada rakyat |  34 sertai kursus Membuat Kek Kukus dan Karipap Pusing |  PMS salur RM20,000 kepada setiap daerah anjur Kalimaran |  Festival Trak Makanan KK berlangsung meriah |  LANTIK SEORANG WANITA DALAM LEMBAGA PENGARAH: MUSA |  Tidak mudah berputus asa kunci kejayaan Patricia Yapp |  MP says best to keep PLUS in govt hands |  Borneo Cup U-11 off to a spectacular start |  Tambunan powers to victory |  Greater solution needed to address Moyog river pollution |  Tekun Nasional entrepreneurs reminded to repay loans |  RM20,000 allocated for Kalimaran Festival |  No property damage in weak Tongod quake | 
 BM

Papan Advanture bawa cabaran peserta ke Pulau Papan

14th September, 2017

LABUAN: Pertandingan Papan Advanture yang menggabungkan tiga elemen Amazing Race, Treasure Hunt dan Fear Factor pastinya menarik perhatian peminat yang gemarkan sukan lasak, apatah lagi ia di buat di sebuah pulau pelancongan yang sedang rancak di bangunkan di Pulau Papan.

Pertandingan Papan Advanture anjuran Pro LVY Enterprise yang mendapat sokongan daripada Perbadanan Labuan dan Tourism Malaysia bakal diadakan pada 30 September ini di Pulau Papan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ahli Dewan Negara Senator, Datuk Haji Bashir Hj Alias berkata, program yang julung julung kalinya diadakan ini bukan sahaja mampu menarik lebih ramai golongan muda khususnya mereka yang gemarkan sukan lasak, tetapi juga jika ia diurus dengan baik boleh dijadikan sebagai sukan pelancongan bertaraf nasional.

“Acara Papan Advanture yang dianjurkan mengikut gaya ‘Amazing Race’ bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada keunikan dan kekayaan semula jadi yang terdapat di Pulau Papan selain mempromosikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan domestik dan juga luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan simbolik ‘poster’ Papan Advanture yang diadakan di Restoran Red Onion, pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Pamasaran Pro LYV Enterprise, Ejump Zamri Jeffri berkata, penganjuran Papan Advanture yang mendapat kelulusan daripada pihak Tourism Malaysia merupakan acara yang memanfaatkan teknologi baharu dan lama sebagai usaha menarik pelawat untuk berkunjung ke Pulau Papan.

Menyentuh mengenai peraturan pertandingan itu Ijump menjelaskan, pihaknya hanya menerima sebanyak 50 pasukan sahaja dan setiap pasukan perlu disertai oleh empat orang pemain berumur 18 tahun keatas dan sihat tubuh badan.

Johan akan menerima hadiah wang tunai RM1,500, naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM700.

Manakala tempat keempat hingga ke 10, bakal menerima hadiah sagu hati bernilai RM200 hingga RM500. Sementara itu, pertandingan yang diadakan secara terbuka ini mengenakan bayaran yuran sebanyak RM350 dan tarikh tutup penyertaan telah ditetapkan pada 21 September ini.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan boleh mendapatkan borang penyertaan di kaunter Papan Advanture, Tingkat Bawah, Beta Apartments, Ujana Kewangan atau berhubung terus dengan Ejump Zamri Jeffri di talian 0165855801. -OLEH: JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse