Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse |  Sabah captain Rawilson set for first national cap |  Nine top MTJA juniors for tournament |  Moves to protect marine resources |  MAWILLA 2 poundohion kumaa hongkod kavavagu |  Iso uvang, iso pomounan: Madius |  SONGKOSUVAZAN MINONINDUO MOGIIGIZON HAMIN DI SINUANG |  Up to 40 pct off with MAS’s Mid-Year Deals |  Aidi ziarah Rumah WargaTua Prichard, Hospital Papar |  Wakil rakyat lapor SPRM, dakwa ada monopoli dalam pembekalan ubat |  Kiulu destinasi lawatan wajib, sasar 1 juta pelancong menjelang 2025 |  Stephen minta PBT percepat bina Terminal Bas Bersepadu Sandakan | 
 BM

Anjung K1M 18, Hospital Labuan menang Pertandingan Kecerian Negaraku 2017

14th September, 2017

LABUAN: Anjung Komuniti 1Malaysia Zon 18 dan Hospital Labuan masing-masing muncul johan Pertandingan Kecerian Negaraku 2017, peringkat Wilayah Persekutuan Labuan kategori Anjung Komuniti dan Pintu Gerbang.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan dan Hotel Dorset Grand Labuan memenangi kategori Bangunan Kerajaan dan Bangunan Swasta.

Dalam pada itu, Kampung Kilan Pulau Akar dan Taman Perumahan Mahkota Impian pula masing-masing memenangi kategori Kampung dan Taman Perumahan.

Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan itu merupakan salah satu pengisian utama Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di seluruh negara.

Sebanyak lapan kategori telah dipertandingkan yang antara lain bertujuan untuk mempamerkan semangat patriotik cintakan negara disamping memupuk jati diri selaras dengan tema sambutan tahun ini “ Negaraku Sehati Sejiwa”

Penyampaian hadiah wang tunai, plag dan sijil disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli pada majlis Sambutan Hari Malaysia 2017 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Pentas Terbuka, Jalan Merdeka, Dataran Labuan, pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad dan Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Azman Sipan. -OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse