Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
APMM tahan juragan, rampas 30 tong gas |  ATB 2 siap sedia pastikan keselamatan perairan negara |  Berhati-hati memandu di empat 'hotspot' |  Lori treler bawa Asid Sulfurik terbalik |  Lapan ditahan dalam operasi AADK di Keningau |  Pusat nurseri rumpai laut perlu diwujudkan |  Tenggiling Sunda Sabah kini dilindungi sepenuhnya |  Bekas pengarah Jabatan Air, isteri fail permohonan semakan |  Polis tembak mati penjenayah di Jalan KKIP Sepanggar |  City Express favourite for Chairman’s Cup |  CNY 9-course dinner package at Metropot Bistro & Café |  Feb 20 hearing on RM32 million Water Dept scandal |  Feb 27 hearing for ex State Water director, wife |  Be considerate, don’t hike price, traders told |  Discover New Year’s prosperity through food at Silk Garden Sutera Harbour | 
 BM

Tingkat kebersihan, capai status daerah terbersih di Sabah

14th September, 2017

RANAU: Penduduk daerah ini diajak bersama-sama menjaga serta meningkatkan kualiti kebersihan sekali gus memastikan Ranau antara daerah terbersih di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebagai daerah pelancongan, Ranau sepatutnya berada di tahap tertinggi dari sudut kualiti kebersihan.

“Penduduk Ranau sebenarnya sangat bertuah kerana dianugerahkan banyak tempat yang cantik dan menarik selain cuaca sejuk serta udara yang nyaman.

“Anugerah serta kelebihan ini merupakan aset berharga yang telah menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk datang ke daerah Ranau khususnya kawasan Kundasang.

“Justeru, penduduk Ranau harus melengkapkan keindahan semuajadi itu dengan sikap cintakan kebersihan,” katanya dalam satu majis di sini baru-baru ini.

Menurut Masidi, Ranau antara pilihan utama para pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Sabah sekali gus menjadikan daerah ini sebagai penerima pelancong yang ramai pada setiap tahun.

Untuk merealisasikan harapan itu, Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan mengisytiharkan tahun 2017 ini sebagai titik permulaan menjadikan Ranau bersih dan bebas sampah.

Jelasnya, ke arah itu, usaha menjaga kebersihan alam sekitar tidak hanya terletak di bahu agensi tertentu akan tetapi tanggungjawab itu perlu digalas bersama oleh masyarakat setempat.

“Adalah penting bagi kita bagi mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang hanya harapkan pihak berkuasa menjaga kebersihan awam ini, kerana kita perlu sedar bahawa alam sekitar ini adalah milik bersama.

“Kesedaran serta penyertaan semua pihak dalam menjaga kebersihan alam sekitar merupakan cerminan sikap prihatin meningkatkan kualiti kebersihan alam sekitar,” tambahnya Masidi. -OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse