Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Waspada tidak mudah terpengaruh ajaran sesat, kata Zakaria |  Sewing up to a record-breaking feat |  Janna Nick meriahkan pelancaran Stadio FCC cawangan Labuan |  63,682 kuntum bunga fabrik, hasil jahitan kreatif ramai |  Pertubuhan Pendidikan Akhlak Chee Yee Khor sumbang ADR kepada HLD |  Pelajar Sekolah Indonesia KK kongsi budaya etnik Sabah |  Dua buruh maut terkena renjatan elektrik |  Peratus diisytihar muflis penduduk Tawau meningkat |  3-5-2 wonder – Jelius |  LD Hospital receives brand new dialysis machine |  All systems go for Kokol Nature Adventure |  Sabah swimming duo get tips from world champion |  SMK Datuk Peter Mojuntin fund-raising run Sept 30 |  Korea too good for Malaysia |  KTRS Tennis Carnival a resounding success | 
 BM

Kerajaan peruntuk RM5 juta dana khas untuk OKU

14th September, 2017

OLEH MARRYAN RAZAN

BEAUFORT: Kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta dana khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam Bajet 2017, selain memberikan bantuan bulanan kebajikan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad berkata, pemberian khas itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap semua lapisan masyarakat termasuk OKU.

“Selaku menteri yang menjaga hal ehwal OKU di peringkat negeri, kebajikan mereka sentiasa dekat dihati saya.

“Oleh itu saya berharap majlis seumpama ini, keprihatinan kerajaan, kepekaan masyarakat serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) terhadap peranan dan tanggungjawab memberi pembelaan kepada kanak-kanak istimewa ini akan bertambah.

“Ini penting agar kanak-kanak istimewa tidak berasa tersisih, lebih berkeyakinan dan dapat meningkatkan proses sosialisasi serta normalisasi bersama masyarakat,” katanya ketika berucap semasa Lawatan Amal Ke Institusi Kebajikan, Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU), di sini, kelmarin.

Jainab berkata, pemulihan dan pembangunan golongan kurang upaya antara agenda utama kerajaan negeri. “Pusat ini merupakan institusi kelima dibawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah selepas TDKKU Sembulan, Sandakan, Tawau dan Kudat yang memberikan khidmat penjagaan dan perlindungan kanak-kanak kurang upaya berumur antara 0 hingga 12 tahun,” katanya.

Beliau berkata, TDKKU Beaufort mula beroperasi pada Mac 2013, dengan jumlah kapasiti penghuni seramai 20 orang iaitu masing-masing 10 lelaki dan perempuan.

“Ketika ini terdapat 10 penghuni menikmati kemudahan pusat ini dimana empat orang daripada mereka adalah jagaan tetap dan enam jagaan harian dengan kekuatan kakitangan seramai 15 orang.

“Semasa berada di pusat ini, para penghuni akan menjalani pelbagai aktiviti atau program pemulihan mengikut kemampuan dan keadaan kekurangan upaya seseorang.

“Antaranya, senaman pagi dan petang, latihan asas, akademik pra-sekolah, latihan fisioterapi, latihan cara kerja, terapi muzik untuk membiasakan kanak-kanak istimewa bersosialisasi, beriadah dan melakukan aktiviti-aktiviti luar bersama masyarakat setempat,” katanya.

Jainab berkata, aktiviti yang dijalankan tidak terhad hanya di dalam pusat malahan para pelatih dibawa keluar dari institusi untuk pendedahan kepada persekitaran dan bergaul dengan kanak-kanak upaya di pusat lain seperti Pusat PDK contohnya semasa menghadiri jemputan sambutan perayaan,” katanya.

Majlis itu dihadiri seramai 99 kanak-kanak istimewa yang dibawakan khas dari Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Beaufort, Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya (KPOKU) Kimanis, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Beaufort, PDK Sipitang, PDK Kuala Penyu, PDK Membakut, PDK Sinar Kasih, SMK Beaufort, SK Pekan Beaufort dan SK Gadong.

Turut hadir isteri Menteri Kerajaan, Tempatan dan Perumahan Datin Julia Salag, isteri Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datin Angeline Anthony, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan Datuk Kamarlin Hj.Ombi, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Janet Chee, Pengarah Jabatan Kebajikan Am Sabah merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Majlis Lawatan Amal Mohamad Noor Wahab.

   
Email Print
   
 
 
E-browse