Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
E-Commerce penggerak ekonomi digital, kata Karen |  Lebih 2,000 warga Labuan sertai Program Pertanian Bandar |  Sambutan Hari Krismas di Padang Bandaran Sandakan 3 Disember |  140 warga kerja ESSCOM lafaz IBR |  Pertandingan Gasing Berlaga Uri dapat sambutan kalangan pelajar SK. Kawang |  PPM juragan, rampas 24 tong LPG dan 13 guni |  Lebih 700 murid Tabika Perpaduan Bandaraya KK, Penampang/Putatan terima sijil |  Sairin: Dianggarkan RM45j diperlukan perbaiki sungai di DUN Liawan |  Penanaman pisang secara komersil boleh beri pendapatan lumayan: Yahya |  UMS peruntuk RM99,000 bantuan kebajikan kepada 178 pelajar baharu B40 |  Kecuaian seorang pemandu nyaris membawa maut kepada pengguna lain |  Sabah golfers win in style |  Sabah rugger Nathanael receives Blue Award |  Treat awaits martial arts enthusiasts |  UMS students learn English the Fun-tastic way | 
 BM

Pecut kereta elak pemeriksaan bawa padah

14th September, 2017

LAHAD DATU: Tindakan seorang lelaki memecut laju kenderaan dipandunya dipercayai bagi mengelak daripada pemeriksaan anggota polis trafik membawa padah apabila kereta tersebut hilang kawalan lalu terbalik, dalam kejadian yang berlaku berhampiran Kem Askar, di kilometer 2, jalan Lahad Datu-Tawau, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Hamzah Ahmad berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi sewaktu anggota penguatkuasa polis trafik hendak membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Proton Saga bertempat dihadapan Pasar Rakyat.

Bagaimanapun katanya, pemandu yang berusia 40-an itu dikatakan telah bertindak memecut kenderaannya bagi melarikan diri daripada pemeriksaan dan hampir melanggar anggota bertugas.

“Susulan tindakan individu itu, anggota bertugas kemudiannya bertindak mengejar kenderaan tersebut, namun apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu lelaki terbabit telah hilang kawalan lalu terbalik.

“Siasatan ditempat kejadian mendapati lelaki berkenaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak memiliki lesen memandu,” katanya di sini, semalam

Beliau berkata, akibat kemalangan itu lelaki terbabit mengalami cedera ringan dibahagian siku sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya lagi. -OLEH: MARLINA MACPEE

   
Email Print
   
 
 
E-browse