Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
APMM tahan juragan, rampas 30 tong gas |  ATB 2 siap sedia pastikan keselamatan perairan negara |  Berhati-hati memandu di empat 'hotspot' |  Lori treler bawa Asid Sulfurik terbalik |  Lapan ditahan dalam operasi AADK di Keningau |  Pusat nurseri rumpai laut perlu diwujudkan |  Tenggiling Sunda Sabah kini dilindungi sepenuhnya |  Bekas pengarah Jabatan Air, isteri fail permohonan semakan |  Polis tembak mati penjenayah di Jalan KKIP Sepanggar |  City Express favourite for Chairman’s Cup |  CNY 9-course dinner package at Metropot Bistro & Café |  Feb 20 hearing on RM32 million Water Dept scandal |  Feb 27 hearing for ex State Water director, wife |  Be considerate, don’t hike price, traders told |  Discover New Year’s prosperity through food at Silk Garden Sutera Harbour | 
 BM

Kastam bakal ambil tindakan ke atas penyebar fitnah GST

14th September, 2017

KOTA TINGGI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah dan berita palsu mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata langkah itu bagi membendung pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan sesetengah pihak terhadap GST sejak kebelakangan ini.

“Saya sedih apabila kadang- kadang dapat WhatsApp daripada kawan-kawan, kita baca dan tahu berita tidak betul.

Generasi muda pula mudah percaya. Jadi, memang patutlah ada pihak siasat dan saya rasa janganlah anggap semua rakyat bodoh. Memang ada sebahagian yang percaya tetapi kita boleh mengambil tindakan ‘pembetulan’,” katanya kepada media di sini, kelmarin.

Beliau sebelum itu merasmikan Pejabat GST Kota Tinggi bagi memberi kemudahan kepada lebih 4,000 syarikat yang berdaftar dalam sistem cukai terbabit.

Terdahulu, dalam ucapannya, Subromaniam meminta supaya ahli-ahli politik tidak menggunakan isu GST sebagai bahan kempen untuk menjatuhkan kerajaan.

Katanya, GST yang terbukti memberi kesan positif kepada ekonomi terutama dari segi daya saing Malaysia, telah dilaksanakan di beberapa negara.

“Setakat ini, tidak ada mana-mana negara yang kembali kepada sistem percukaian asal selepas melaksanakan GST. Jadi, usahlah rakyat terperdaya dengan cerita-cerita karut kononnya ia boleh diganti dan sebagainya. Ia sangat mustahil dilakukan,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse