Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
APMM tahan juragan, rampas 30 tong gas |  ATB 2 siap sedia pastikan keselamatan perairan negara |  Berhati-hati memandu di empat 'hotspot' |  Lori treler bawa Asid Sulfurik terbalik |  Lapan ditahan dalam operasi AADK di Keningau |  Pusat nurseri rumpai laut perlu diwujudkan |  Tenggiling Sunda Sabah kini dilindungi sepenuhnya |  Bekas pengarah Jabatan Air, isteri fail permohonan semakan |  Polis tembak mati penjenayah di Jalan KKIP Sepanggar |  City Express favourite for Chairman’s Cup |  CNY 9-course dinner package at Metropot Bistro & Café |  Feb 20 hearing on RM32 million Water Dept scandal |  Feb 27 hearing for ex State Water director, wife |  Be considerate, don’t hike price, traders told |  Discover New Year’s prosperity through food at Silk Garden Sutera Harbour | 
 BM

Pengusaha tanaman makanan digalak dapat persijilan myGAP

14th September, 2017

OLEH ROZZALIN HASHIM

SANDAKAN: Pengusaha tanaman makanan khususnya buah- buahan dan sayur-sayuran di negeri ini digalakkan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) untuk menjaga kualiti dan keselamatan makanan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Zakaria Mohd Edris berkata mendapatkan persijilan adalah sebagai bukti bahawa ladang atau kebun pengusaha mengamalkan APB.

Katanya adanya sijil persijilan APB (myGAP) yang sudah diterima pakai oleh kebanyakan negara di dunia, secara tidak langsung akan menaikkan keyakinan pengguna terhadap produk keluaran mereka adalah berkualiti dan selamat dimakan.

“APB merupakan amalan pertanian yang menekankan aspek keselamatan, alam sekitar, ekonomi dan sosial untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat dan berkualiti,” katanya ketika merasmikan penutupan Seminar ABP anjuran Jabatan Pertanian Sabah di Dewan Sri Libaran, di sini, kelmarin.

Seminar sehari itu disertai 450 peserta dari daerah ini, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Tongod. Zakaria berkata sejak tiga tahun kebelakangan ini, Jabatan Pertanian Sabah telah memberi pengiktirafan kepada ladang- ladang yang telah diberi bimbingan.

Beliau berkata bagi Bahagian Sandakan, sebuah ladang di Beluran mengusahakan tanaman buah naga telah mendapat persijilan myGAP.

Katanya, berdasarkan data keluasan tanaman Jabatan Pertanian Sabah pada 2015, keluasan tanaman makanan di Sandakan adalah lebih kurang 2,704.4 hektar yang merangkumi tanaman seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran, kelapa dan tanaman kontan lain.

Beliau selaku Adun Gum- Gum berkata, APB merupakan amalan pertanian yang menekankan aspek keselamatan, alam sekitar, ekonomi dan sosial untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat serta berkualiti.

Sandakan, katanya, masih berpotensi menjadi pengeluar tanaman makanan seperti buah-buahan, kelapa, sayur- sayuran, tanaman kontan dan padi di terusan Sapi Beluran … kualiti keselamatan makanan adalah diberi keutamaan.

Turut hadir Pengarah Pertanian Negeri Sabah, Idrus Shafie; Mansur Kawi mewakili Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS); Timbalan Pengarah Pertanian, Bahagian Pembangunan Dzulkifli Hj Ghulamdin; Penolong Pengarah Pertanian, Seksyen Pembangunan Tanaman Kekal, Kaliwon Hj. Edi.

Selain itu, Penolong Pengarah Pertanian, Seksyen Pengembangan Pertanian, Rodius Timbuong dan Pegawai Pertanian Kanan Daerah Sandakan selaku Pengerusi Penganjur, Jamaluddin Bin Lani serta Pegawai-pegawai Pertanian termasuklah para pemimpin pembangunan masyarakat juga hadir dimajlis itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse