Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Koponginsonongan kinaraagon Ralan Paitan – Kanibongan pokisisikapan |  Atag mooi iso undang-undang kavavagu todoon montok di notogian gam |  Ikon Guru Kebangsaan antara penerima PhD |  Bas bawa pelancong China terbabas, lapan penumpang cedera |  Pencawang meletup dan terbakar: Lima pekerja SESB melecur |  Jainab cadang undang-undang baru digubal untuk membolehkan tindakan penagih gam |  SMEs must make use of government funding |  M’sia aims to export 30 pct of broiler chickens by 2030 |  Husband discovers wife’s lifeless body behind their home |  Substation fire leaves five SESB staff burnt |  Three seriously injured after mini-bus rams tree |  Leong said the boat can ferry 27 passengers – Witness |  CM: Sabah govt doing its best to fight for state’s rights |  KIIS MALARIA ID SABAH NOKOINSAVAT GISOM 173.5 PIATUS: EDWARD |  TVET crucial in producing skilled labour | 
 BM

PEMERIKSAAN KETAT DI PINTU SABAH ELAK JANGKITAN PENYAKIT TANAMAN

14th September, 2017

SANDAKAN: Pemeriksaan ketat di semua pintu masuk dan kiriman kurier di negeri ini membolehkan tanaman pertanian di Sabah bebas daripada jangkitan penyakit dan perosak.

Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Idrus Shafie berkata ada individu cuba membawa masuk bahan berkaitan tanaman ke negeri ini menerusi lapangan terbang dan ada juga cubaan menyeludup menggunakan kiriman perkhidmatan kurier.

“Pemeriksaan ketat di lapangan terbang menyebabkan cubaan menyeludup bahan berkaitan tanaman beralih menggunakan kiriman perkhidmatan kurier.

“Kira-kira 80 peratus penyeludupan bahan tanaman ke negeri ini dikesan menerusi kiriman kurier,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Seminar Amalan Pertanian Baik yang disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Zakaria Mohd Edris.

Menurutnya tindakan mengawal jangkitan penyakit dan perosak itu penting agar tidak menjejaskan pengeluaran hasil tanaman makanan di negeri ini untuk keperluan penduduk dan untuk tujuan eksport.

Katanya jabatan itu menumpukan kepada tanaman makanan bagi menampung keperluan sumber makanan bukan sahaja untuk penduduk di negeri ini yang populasinya berjumlah 3.3 juta orang malah untuk pelancong.

Menurutnya pihaknya mengambil tindakan jangka panjang dalam memastikan pengeluaran tanaman makanan tidak berkurangan berikutan kehadiran pelancong luar negara ke negeri ini yang meningkat setiap tahun.

Idrus berkata cabaran lain adalah menggalakkan tanaman berasas makanan di negeri ini sejajar dengan hala tuju kerajaan negeri Sabah dalam meningkatkan sumber makanan.

Ini kerana, katanya, pada masa sekarang 95 peratus tanaman pertanian di negeri ini adalah berasaskan komoditi yang membabitkan tanaman kelapa sawit.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse