Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ruth Gidion luahkan tangisan dalam lagu |  Sambutan ulang tahun ke-60 SMK Tawau hari ini |  Persidangan Antarabangsa Sains Marin dan Akuakultur (ICOMSA) 2018 |  Perubatan Tradisional dan Komplementari anjur taklimat percuma |  Masyarakat perlu lebih peka bantu perangi gejala penyalahgunaan dadah |  Dua masih hilang bot dinaiki karam di Sungai Besar Kalabakan |  MPS, Sabah Green Development kerjasama tingkat penambahbaikan fasiliti di lokasi pelancongan |  Pelajar bertempiaran bila dua blok bangunan SK Sentosa musnah |  Explosive Borneo Derby on the cards |  Over 80 kick boxers fighting for honours |  Jevinton wins Chairman Cup, RM20,000 prize money |  Sabah ready to make presence felt |  PMBS once again to hold state-level Pesta Gambus |  Helicopter Academy – No aircraft booked for elections |  MMEA helicopter pilots first batch to graduate from Academy | 
 BM

250 Pelajar PPST UMS jayakan program Kibarkan Jalur Gemilang

13th September, 2017

KOTA KINABALU: Seramai 250 pelajar Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia melalui program Kibarkan Jalur Gemilang pada Isnin.

Bertemakan “PPST Sehati Sejiwa”, program yang diadakan di dataran PPST itu turut dijayakan seluruh warga kakitangannya.

Pengarah PPST, Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad berkata, sebanyak 100 Jalur Gemilang yang disumbangkan Biro Tatanegara Cawangan Sabah diedarkan kepada pelajar Asasi Sains sempena program itu sebagai usaha menyemarakkan semangat sehati sejiwa sekali gus menghayati erti bangsa merdeka.

Salah seorang pelajar PPST, Syazreen Farlina Sharuddin ketika ditemui media turut menyatakan rasa bangga dapat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang pada program berkenaan.

“Sebagai anak Malaysia, kita patut berterima kasih kepada para pemimpin negara yang berjuang untuk kemerdekaan yang dikecapi sehingga kini dan dapat menikmati keharmonian dan kemakmuran di negara ini.

“Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada PPST UMS kerana menganjurkan program yang amat bermanfaat khususnya dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda seperti saya,” katanya. Turut hadir pada program itu, Timbalan Pengarah PPST, Prof. Madya Dr. Wardatul Akmam Din.-OLEH MARRYAN RAZAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse