Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Waspada tidak mudah terpengaruh ajaran sesat, kata Zakaria |  Sewing up to a record-breaking feat |  Janna Nick meriahkan pelancaran Stadio FCC cawangan Labuan |  63,682 kuntum bunga fabrik, hasil jahitan kreatif ramai |  Pertubuhan Pendidikan Akhlak Chee Yee Khor sumbang ADR kepada HLD |  Pelajar Sekolah Indonesia KK kongsi budaya etnik Sabah |  Dua buruh maut terkena renjatan elektrik |  Peratus diisytihar muflis penduduk Tawau meningkat |  3-5-2 wonder – Jelius |  LD Hospital receives brand new dialysis machine |  All systems go for Kokol Nature Adventure |  Sabah swimming duo get tips from world champion |  SMK Datuk Peter Mojuntin fund-raising run Sept 30 |  Korea too good for Malaysia |  KTRS Tennis Carnival a resounding success | 
 BM

Muzium Sabah adakan pemeran sempena sambutan Hari Malaysia di SK Taginambur

13th September, 2017

KOTA BELUD: Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Muzium Sabah telah mengadakan satu pameran di Sekolah Kebangsaan (SK) Taginambur, di sini, baru-baru ini.

Pameran itu susulan daripada program serupa sebelum ini di beberapa sekolah lain di daerah ini. Pada kali ini, selain pameran tokoh-tokoh sukan, pihak Muzium Sabah mempersembahkan kepada warga SK Taginambur berkaitan bahan-bahan sejarah terutama mengenai sejarah pembentukan Malaysia.

Pegawai Muzium Sabah, Stephen Jaya D, berkata pihaknya melakukan sedikit kelainan pada pameran kali ini bersempena dengan Hari Malaysia yang akan disambut pada Sabtu.

“Jika sebelum ini kami hanya mempamerkan sejarah mengenai tokoh-tokoh sukan, kali ini kami mempersembahkan kepada warga SK Taginambur mengenai sejarah-sejarah pemimpin negara terutama berkaitan ketika Malaysia dibentuk.

“Program telah mendekatkan warga sekolah, bukan saja di sekolah ini (SK taginambur), tetapi juga sekolah-sekolah berhampiran yang lain,” katanya.

Tambah beliau, program-program seperti ini akam diteruskan di sekolah-sekolah lain pada masa akan datang dan pihaknya juga mendapat banyak permintaan untuk mengadakan program pameran itu.

Sementara itu, guru besar SK Taginambur, Biteh @ Betty Linggin, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Muzium Sabah kerana sudi mengadakan pameran itu di sekolah berkenaan.

“Bagi pihak sekolah, antara objektif program ini adalah bagi membolehkan murid-murid mempelajari dengan lebih jelas mengenai sejarah pembentukan Malaysia di samping menanamkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.

“Selain itu, murid-murid juga dapat melihat sendiri gambar-gambar rumah tradisional suku kaum yang ada di Sabah serta mengenali tokoh-tokoh tempatan termasuk ahli sukan yanh pernah mengharumkan nama negara,” katanya. Biteh turut berharap SK Taginambur akan diberi peluang lagi untuk diadakan program seperti itu pada masa akan datang.

“Program ini juga telah membuka satu lagi ruang jalinan yang erat antara sekolah ini dan pihak Jabatan Muzium Sabah bagi memenuhi hasrat dan aspirasi murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM),” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse