Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse |  Sabah captain Rawilson set for first national cap |  Nine top MTJA juniors for tournament |  Moves to protect marine resources |  MAWILLA 2 poundohion kumaa hongkod kavavagu |  Iso uvang, iso pomounan: Madius |  SONGKOSUVAZAN MINONINDUO MOGIIGIZON HAMIN DI SINUANG |  Up to 40 pct off with MAS’s Mid-Year Deals |  Aidi ziarah Rumah WargaTua Prichard, Hospital Papar |  Wakil rakyat lapor SPRM, dakwa ada monopoli dalam pembekalan ubat |  Kiulu destinasi lawatan wajib, sasar 1 juta pelancong menjelang 2025 |  Stephen minta PBT percepat bina Terminal Bas Bersepadu Sandakan | 
 BM

Hotel Four Points by Sheraton Sandakan adakan lawatan amal

13th September, 2017

OLEH ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Hotel Four Points by Sheraton Sandakan mengadakan lawatan amal sempena meraihkan sambutan Hari Raya Aidiladha di Pusat Taman Cahaya, di sini baru-baru ini.

Pada program itu, warga hotel berkenaan turut menyaksikan persembahan daripada 30 orang belia buta yang berbakat di pusat itu.

Selain itu, kakitangan hotel bersama dengan para belia menghiburkan mereka yang hadir dengan lagu-lagu dan persembahan instrumental secara langsung.

Pengurus Besar hotel itu, Peter Padman yang turut menyertai program berkenaan sangat kagum dan tersentuh dengan cara yang dilakukan oleh golongan belia ini yang mampu memberi motivasi kepada orang lain.

Beliau berharap lebih banyak bantuan daripada orang ramai untuk memberi orang-orang memerlukan seperti di Taman Cahaya ini kehidupan yang lebih baik dan lebih selesa.

Pada program itu, para rombongan hotel juga dibawa melawat sekitar premis yang sepatutnya memerlukan bantuan untuk penjagaan.

Oleh itu, ia akan menjadi projek kepada pihak hotel pada suku tahun berikutnya untuk membantu gotong-royong di pusat tersebut.

Pengurus pusat itu, Haji Ibrahim Abdul Hamid dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan bahawa para belia walaupun buta namun mereka sangat pintar, kreatif dan telah maju dari segi penggunaan telefon bimbit skrin sentuh masa kini.

Mereka juga menghabiskan masa mereka membuat dan menganyam bakul rotan dan penutup makanan di pusat ini, selain mengasah bakat terpendam mereka masing-masing.

Ibrahim turut memaklumkan bahawa hotel akan bekerjasama dengan pusat untuk memberikan bakul buatan tangan ini kepada ahli-ahli elit hotel sebagai cenderahati kerana ia bukan sahaja mewakili Sabah tetapi ia cara hotel menyumbang ke arah kebajikan pusat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse