Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Koponginsonongan kinaraagon Ralan Paitan – Kanibongan pokisisikapan |  Atag mooi iso undang-undang kavavagu todoon montok di notogian gam |  Ikon Guru Kebangsaan antara penerima PhD |  Bas bawa pelancong China terbabas, lapan penumpang cedera |  Pencawang meletup dan terbakar: Lima pekerja SESB melecur |  Jainab cadang undang-undang baru digubal untuk membolehkan tindakan penagih gam |  SMEs must make use of government funding |  M’sia aims to export 30 pct of broiler chickens by 2030 |  Husband discovers wife’s lifeless body behind their home |  Substation fire leaves five SESB staff burnt |  Three seriously injured after mini-bus rams tree |  Leong said the boat can ferry 27 passengers – Witness |  CM: Sabah govt doing its best to fight for state’s rights |  KIIS MALARIA ID SABAH NOKOINSAVAT GISOM 173.5 PIATUS: EDWARD |  TVET crucial in producing skilled labour | 
 BM

Jawatankuasa khas kenal pasti taman marin di Sabah

13th September, 2017

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengenal pasti kawasan perairan dan pulau di negeri ini yang boleh diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan taman marin.

Menterinya Datuk Masidi Manjun berkata jawatankuasa khas yang ditubuhkan minggu lepas itu antara lain berperanan untuk mencapai sasaran kerajaan negeri untuk mewartakan 10 peratus daripada kawasan perairan di Sabah sebagai taman marin menjelang tahun 2020.

“Jawatankuasa khas ini yang dipengerusikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming akan mempertimbangkan beberapa lokasi baharu di kawasan perairan yang boleh diwartakan sebagai taman marin.

“Komitmen itu (mewartakan taman marin) juga seiring dengan hasrat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu kerajaan negeri komited dalam memulihara hidupan marin di seluruh negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan Persekitaran Maritim di sini, kelmarin.

Masidi berkata setakat ini taman marin di Sabah meliputi keluasan 809,371.3 hektar iaitu 7.4 peratus daripada kawasan perairan negeri terdiri daripada Taman Marin Mustapha, Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Tunku Abdul Rahman.

Mengulas mengenai bengkel anjuran US Pacific Command (USPACOM), dengan kerjasama kerajaan negeri itu, Masidi berkata bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini antara lain membincangkan mengenai dasar-dasar perlindungan alam sekitar marin di Sabah.

“Saya berharap bengkel ini akan memberi manfaat yang sangat besar untuk kita menghadapi isu alam sekitar marin di Sabah.

“Melalui bangkel ini kita juga berharap dapat mempelajari teknologi dan idea baru terutamanya mengenai perubahan iklim dan kesannya terhadap habitat marin serta kehidupan dan kesejahteraan masyarakat di negeri ini,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse