Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PMS popobuzu RM20,000 tikid uvang di kihizab manaandak Kalamazan Kalimaran |  KOTUNDAAN SABAH MOMOGUNO PISOKODUNGAN TOTINDUGU DO KOONDUAN OM KOKUSAZAN: MUSA |  Utamakan kualiti projek, beri manfaat kepada rakyat |  34 sertai kursus Membuat Kek Kukus dan Karipap Pusing |  PMS salur RM20,000 kepada setiap daerah anjur Kalimaran |  Festival Trak Makanan KK berlangsung meriah |  LANTIK SEORANG WANITA DALAM LEMBAGA PENGARAH: MUSA |  Tidak mudah berputus asa kunci kejayaan Patricia Yapp |  MP says best to keep PLUS in govt hands |  Borneo Cup U-11 off to a spectacular start |  Tambunan powers to victory |  Greater solution needed to address Moyog river pollution |  Tekun Nasional entrepreneurs reminded to repay loans |  RM20,000 allocated for Kalimaran Festival |  No property damage in weak Tongod quake | 
 BM

UPSR diteruskan di lima sekolah dilanda banjir di Beaufort

13th September, 2017

KOTA KINABALU: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di lima sekolah di daerah Beaufort, kira-kira 90 kilometer dari sini, berjalan seperti biasa meskipun sekolah berkenaan dilanda banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Bukau, SK Maraba, SK Weston, SK Lubok dan SK Lingkungan juga tidak ditutup kerana cuma jalan ke sekolah berkenaan sahaja yang dinaiki air.

“Semua pusat peperiksaan dapat menjalankan peperiksaan (seperti biasa) hasil bantuan agensi-agensi kerajaan, Borneo Samudera (ladang sawit), polis, bomba dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan kepada media melalui aplikasi WhatsApp kelmarin.

Kelima-lima sekolah berkenaan mempunyai 692 murid dengan 84 orang guru. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse