Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Patuh prosedur kuarantin sebelum bawa masuk tumbuhan ke Sabah |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  ‘Mixed blend of hulksters’ |  Brilliant Sabah U-19 squad notch up full points |  16-year-old Jessica shines again |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Kebajikan, keselesaan rakan jadi keutamaan kerajaan baharu: Dr Daud |  Pelancong dilarang masuk melawat masjid untuk sementara waktu |  APM buka Pejabat Unit Pertahanan Awam di Pulau Sebatik | 
 BM

ESSCOM julung kali anjur Program Singgah Merdeka 2017

13th September, 2017

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU: Buat julung kalinya, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah menganjurkan Program Singgah Merdeka ESSCOM 2017 di tujuh buah sekolah menengah di daerah Lahad Datu bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Tujuh buah sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agaseh, SM St. Dominic, SM Cina, SMK Terusan, SMK Sepagaya, SM Sains dan SMK Segama yang menjadi hentian terakhir konvoi Kembara Singgah Merdeka ESSCOM.

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan, berkata penganjuran program Konvoi Singgah Merdeka ESSCOM itu bertujuan untuk berkongsi rasa perjuangan dan kemerdekaan yang dikecapi antara anggota keselamatan dan belia khususnya golongan pelajar.

Beliau berkata, pendekatan yang dilaksanakan seperti ini penting untuk berkongsi rasa meraikan kemerdekaan bersama orang yang pernah rasa susah dan rasai perjuangan kemerdekaan sebelum ini.

“Kita sedia maklum bahawa anak-anak ini mudah lupa dan mereka adalah pemimpin generasi masa hadapan. Justeru itu, menerusi program seumpama ini kita mahu terapkan semangat bahawa kemerdekaan adalah hak milik kita semua dan kita mahu kemerdekaan ini diwarisi dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program Singgah Merdeka ESSCOM 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segama, kelmarin.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Lahad Datu Tuan Iman Ali, Timbalan Pegawai Pendidikan Lahad Datu, Jummiah Tee, Ketua Penyelaras Program Singgah Merdeka, Raymie Amiril, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Segama, Setiawaty Hj. Asaad, Ketua-ketua Staf ESSCOM, Pengarah-pengarah Bahagian ESSCOM serta Guru-guru daripada sekolah- sekolah yang terlibat.

Terdahulu semasa berucap di majlis yang sama, Noor Alam turut menasihati golongan para belia agar dapat menjadi belia yang berkualiti untuk negara.

“Anak-anak perlu mendengar cakap orang lama, berkualiti, berintegriti, tidak sambil lewa disamping menjadi pelajar yang terbaik bukan sahaja untuk Lahad Datu dan negara kerana anak-anak adalah pemimpin generasi hadapan.

Sseramai 40 pegawai ESSCOM menyertai konvoi tersebut dengan menaiki 25 kenderaan termasuk dua kereta perisai melalui Jalan di bandar Lahad Datu melawati tujuh buah sekolah yang bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agaseh dan berakhir di SMK Segama sambil menyerahkan Bendera Malaysia dan Sabah sebelum berpatah balik ke pejabat ESSCOM.

   
Email Print
   
 
 
E-browse