Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Koponginsonongan kinaraagon Ralan Paitan – Kanibongan pokisisikapan |  Atag mooi iso undang-undang kavavagu todoon montok di notogian gam |  Ikon Guru Kebangsaan antara penerima PhD |  Bas bawa pelancong China terbabas, lapan penumpang cedera |  Pencawang meletup dan terbakar: Lima pekerja SESB melecur |  Jainab cadang undang-undang baru digubal untuk membolehkan tindakan penagih gam |  SMEs must make use of government funding |  M’sia aims to export 30 pct of broiler chickens by 2030 |  Husband discovers wife’s lifeless body behind their home |  Substation fire leaves five SESB staff burnt |  Three seriously injured after mini-bus rams tree |  Leong said the boat can ferry 27 passengers – Witness |  CM: Sabah govt doing its best to fight for state’s rights |  KIIS MALARIA ID SABAH NOKOINSAVAT GISOM 173.5 PIATUS: EDWARD |  TVET crucial in producing skilled labour | 
 BM

Identiti lelaki rentung dalam kereta terbakar belum dikenal pasti

13th September, 2017

PENAMPANG: Identiti lelaki yang rentung dalam kejadian sebuah kereta terbakar belum dikenal pasti apabila pihak berkuasa masih menyiasat kes itu.

Menurut Ketua Polis Daerah, DSP Rosley Hobden, identiti mangsa belum dikenal pasti memandangkan keadaan mayat hangus teruk hingga sukar dicam dan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Kereta mangsa terbakar dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi dekat Restoran Sinar Mustika di Donggongon kelmarin dan polis dimaklumkan perkara itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Beberapa saksi di tempat kejadian berkata melihat api mula marak dari bahagian depan kereta sebelum menghubungi bomba,” katanya semasa dihubungi kelmarin.

Rosley menyebut ahli keluarga mangsa telah ke ibu pejabat polis daerah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat punca insiden berkenaan dan kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut. – oleh Eric Bagang

   
Email Print
   
 
 
E-browse