Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PMS popobuzu RM20,000 tikid uvang di kihizab manaandak Kalamazan Kalimaran |  KOTUNDAAN SABAH MOMOGUNO PISOKODUNGAN TOTINDUGU DO KOONDUAN OM KOKUSAZAN: MUSA |  Utamakan kualiti projek, beri manfaat kepada rakyat |  34 sertai kursus Membuat Kek Kukus dan Karipap Pusing |  PMS salur RM20,000 kepada setiap daerah anjur Kalimaran |  Festival Trak Makanan KK berlangsung meriah |  LANTIK SEORANG WANITA DALAM LEMBAGA PENGARAH: MUSA |  Tidak mudah berputus asa kunci kejayaan Patricia Yapp |  MP says best to keep PLUS in govt hands |  Borneo Cup U-11 off to a spectacular start |  Tambunan powers to victory |  Greater solution needed to address Moyog river pollution |  Tekun Nasional entrepreneurs reminded to repay loans |  RM20,000 allocated for Kalimaran Festival |  No property damage in weak Tongod quake | 
 BM

SESB SASAR KURANGKAN GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK MENJELANG 2018

13th September, 2017

OLEH ROZZALIN HASHIM

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menetapkan satu sasaran khusus bertujuan mengurangkan pengalaman gangguan bekalan elektrik dirasai oleh pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui penurunan petunjuk SAIDI SESB daripada 300 minit sedia ada ke 150 minit menjelang pertengahan tahun 2018.

Pengarah Urusan SESB, Ir. Haji Abdul Razak Sallim memberitahu langkah itu bagi meningkatkan dan memperbaiki prestasi SESB yang mana usaha telah disempurnakan melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas (Task Force) iaitu TF150 Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membantu pihak SESB mencapai sasaran SAIDI 150 menjelang tahun depan.

Beliau berkata, pasukan tersebut dianggotai beberapa pakar dalam bidang penjanaan, penghantaran dan pembahagian daripada TNB yang akan bersama-sama dengan anggota kerja SESB melaksanakan inisiatif meningkatkan bekalan elektrik di negeri ini.

Katanya, fokus utama pasukan khas ini tertumpu kepada bahagian Sektor 1 iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan serta empat kawasan khusus di Sektor 2 iaitu Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran dan Papar.

“Bermula pada September 2016, pasukan khas ini telah berjaya menurunkan bacaan SAIDI daripada 351 minit kepada 271 minit pada Jun 2017 dan usaha ini masih berterusan sehingga objektif bagi mencapai bacaan 150 minit tercapai pada September 2017.

“Penubuhan Task Force ini juga telah banyak membantu SESB untuk meningkatkan daya harap bekalan di kawasan-kawasan sasaran yang telah dikenal pasti. Oleh yang demikian, pihak SESB sentiasa berusaha keras dalam meningkatkan kualiti bekalan elektrik secara berterusan kepada pengguna di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Perancangan dan halatuju SESB mensasarkan penurunan yang lebih baik iaitu 150 minit per pengguna menjelang tahun 2018 dan 100 minit per pengguna menjelang tahun 2020,” jelasnya.

Abdul Razak berkata demikian dalam Program Karnival Komuniti SESB Daerah Sandakan 2017 di Dewan Gum-Gum, Batu 16, dekat sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Pembahagian SESB, Ir. Norhizami Abu Hassan. Program karnival berkenaan disempurnakan perasmiannya oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Penganjuran ‘Karnival Komuniti’ oleh SESB itu menarik minat lebih 300 penduduk kawasan ini yang memberikan penekanan kepada komunikasi dua hala di antara SESB dengan masyarakat sekitar.

Program tersebut kali pertama diadakan di Kiulu selepas pengisian program disusun atur semula. Ia juga turut memberi ruang dan peluang kepada SESB untuk mendengar, memahami dan seterusnya menyelesaikan permasalahan masyarakat.

Program satu hari ini turut melibatkan sesi taklimat status bekalan elektrik, pertandingan kuiz dan pameran yang berkaitan keselamatan elektrik dan kecekapan tenaga.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata melalui sasaran baru itu sebuah makmal khas atau dikenali sebagai ‘Sabah SAIDI 100 Lab’ anjuran bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA) dan Pemandu Associates Sdn Bhd (Pemandu) telah dilancarkan pada 17 Julai lalu.

Tambahnya, ia berlangsung selama satu bulan bertujuan merangka pelan yang lebih strategik dan praktikal bagi mencapai penurunan SAIDI tersebut.

“Manakalan untuk kawasan Sandakan, penurunan SAIDI terkini untuk tahun ini direkodkan sebanyak 15 peratus iaitu pengurangan sebanyak 60 minit berbanding tahun lepas.

“Selain itu, bagi memastikan kedayaharapan bekalan elektrik maka SESB kini rancak melaksanakan beberapa projek pembangunan bekalan elektrik di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui RMK-10 (RP3), RMK-10 (RP4) dan RMK-11 serta banyak lagi.

“Projek-projek tersebut dilaksanakan melalui beberapa peruntukan dan pinjaman daripada KeTTHA, KKLW dan SESB sendiri … diharapakan, dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan dapat memastikan projek tersebut dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan,” kata beliau.

Dalam pada itu, katanya pelaksanaan program karnival komuniti bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak SESB dan masyarakat khasnya para pengguna dalam usaha mengemaskini maklumat berkenaan dengan perkhidmatan SESB dan mendapatkan maklumbalas untuk meningkatkan lagi prestasi SESB.

Bagi pihak pengurusan SESB, beliau menyambut baik penganjuran karnival ini dan secara tidak langsung dapat menyebarluas serta memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan perkhidmatan dan peranan SESB.

Selain itu juga menurutnya program ini merupakan satu pendekatan berteraskan ‘Out Reach Programme’ sebagai satu strategik turun padang mendekati pengguna secara lebih dekat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse