Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Patuh prosedur kuarantin sebelum bawa masuk tumbuhan ke Sabah |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  ‘Mixed blend of hulksters’ |  Brilliant Sabah U-19 squad notch up full points |  16-year-old Jessica shines again |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Kebajikan, keselesaan rakan jadi keutamaan kerajaan baharu: Dr Daud |  Pelancong dilarang masuk melawat masjid untuk sementara waktu |  APM buka Pejabat Unit Pertahanan Awam di Pulau Sebatik | 
 Leisure

Lopz akui bukan senang kendali ‘kau sudah kena’

29th August, 2017

PENYAMPAI Radio Era FM Sabah, Lopz mengakui bukan senang mengendalikan segmen ‘Kau sudah kena’ sekali pun sekadar hiburan namun cabarannya banyak kerana perlu dipilih dan ditapis supaya mudah diterima pendengar setia radio itu.

Sebab itu, ujarnya sebelum si pemangsa atau pendengar yang ingin mengenakan suami, isteri, rakan-rakan dan sesiapa sahaja perlu inbox di Facebook Era FM Sabah untuk diteliti terlebih dahulu.

Katanya, yang penting ada persetujuan daripada mereka dan tidak boleh suka-suka mengasi kena kerana segmen yang bersiaran setiap hari Isnin-Jumaat ini pun ada syarat tertentu sebelum pihak radio menyiarkannya sebagai satu hiburan.

“Yang penting ada persetujuan dan tidak boleh main suka-suka ada syarat perlu inbox di Facebook kami sebab bukan mudah kasi kena orang … kami pilih dan tapis supaya mudah diterima pendengar semua,” jelasnya kepada Hiburan NST dalam satu temubual eksklusif di Four Points By Sheraton Sandakan baru-baru ini.

Lopz, 33 tahun atau nama sebenarnya Walawd Parman yang berasal dari Tamparuli ini memberitahu segmen dikendalikannya bersama rakan penyampai yang merupakan gandingan mantap iaitu Jay rata-rata mendapat sambutan baik daripada para pendengar berdasarkan maklumbalas mereka terima.

Menurut beliau, sepanjang mengendalikan segmen rata-ratanya 90 peratus suka dengan slot tersebut kerana menghiburkan pendengar terutama yang sedang memandu dalam kesesakan atau di mana-mana saja berada. Beliau berkata, walaupun ada sesetengah pendengar mungkin tidak berapa puas hati dengan segmen ‘kau sudah kena’ ini tetapi biasalah sebagai pendengar itu memang normal.

Katanya, setakat ini penerimaan masyarakat terutama daripada pendengar setia Era FM Sabah amat baik kerana kepintaran mereka boleh menukar-nukar angle cerita sehinggakan berjaya menghiburkan ramai orang.

“Selalunya ada pendengar minta kasi kena isteri contohlah pasal hutang kereta dan bukan senang kasi kena tapi kepintaran kami di sini seperti mengorek jalan cerita menjadikan segmen berkenaan lebih meriah dan diminati.

“Walaupun adakala sampai dimaki-hamun tapi biasalah dalam mengendalikan segmen yang banyak cabaran dan bukan senang orang bilang,” ujar Lopz yang sebelum ini anggota kumpulan Wala merupakan juara program Raja Lawak musim ke – 7 dan finalis Maharaja Lawak Mega.

Pun begitu, jauh di sudut hati Lopz segmen kau sudah kena sebenarnya adalah sebagai satu hiburan semata-mata dan mereka akan terus menghiburkan pendengar setia Era FM Sabah melalui celoteh serta lawak jenaka.

Dalam pada itu, seorang lagi rakan penyampai Lopz iaitu Jay atau nama sebenarnya Jeremy Ronald Valintine berkata timbul idea untuk menerbitkan segmen kau sudah kena pada tahun 2010 lagi.

Jay, yang sudah lama mengendalikan segmen berkenaan berkata dia dan rakan-rakan penyampai memikirkan satu segmen yang boleh menghiburkan orang tengah memandu kereta sehinggalah tercetus idea menerbitkan slot tahun 2012.

“Kami buat segmen kau sudah kena ini dalam satu pasukan dan semua mengendalikannya … begitu pun, perkara-perkara yang tidak patut akan dipotong untuk tidak mengganggu sensitiviti pendengar,” kata Jay, 29, berasal dari Papar itu.

Akui Jay, bukan senang mengendalikan program segmen kau sudah kena kerana daripada segi cabarannya memang banyak maka sebab itulah dibuat lebih teliti dan ditapis sebelum disiarkan.

Harapannya para pendengar akan terus menyokong mereka satu-satunya radio tempatan yang bersiaran satu Sabah dan turut boleh diikuti di Sandakan, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Labuan dan Laban Rata termasuklah dengan memuat turun aplikasi Era FM Sabah secara online bagi membolehkan orang ramai mengikutinya di mana-mana saja.

Penulis turut menemubual penyampai baharu Era FM Sabah, Adnan atau Addnan Sarippuddin, 23, berasal dari Keningau yang mengendalikan segmen main kasi sambung dibantu bersama-sama Lopz dan Jay.

Terkenal dengan celoteh dan lawak jenakanya menerusi slot ‘Petrus’ itu, Adnan berkata dia bangga menjadi keluarga Era FM Sabah apatah lagi rakan-rakan penyampai lain seperti Jay dan Lopz yang jauh berpengalaman sering memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepadanya.

Ditanya macam mana timbul idea khususnya dapat bertutur loghat bahasa melalui watak Petrus yang mencuit hati itu, beliau berkata sebelum ini pun dia biasa bergaul dengan kaum berkenaan di Keningau.

“Saya biasa bergaul dengan mereka sebab itulah boleh menggayakan pertuturan ditambah lagi dengan idea-idea kami yang bersahaja telah berjaya menambat hati para pendengar setia sekali gus memberikan hiburan kepada semua orang,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai penjawat awam di Semenanjung Malaysia sebelum menyertai Era FM Sabah menerusi program pencarian Penyampai Pagi Era Sabah.

Lopz, Jay dan Adnan telah berada di Sandakan selama lima hari pada minggu lepas untuk bersiaran luar di beberapa lokasi di bandar ini yang mendapat sambutan memberangsangkan.

Sementara itu, temubual eksklusif bersama wartawan Rozzalin Hashim juga turut diceriakan dengan kehadiran watak adiwira cosplay Spiderman Sandakan daripada Gmaskot.

Spiderman Sandakan pada ketika ini famous menerusi video online terbitan Linz The Filmaker yang dimuat turut menerusi media sosial seperti Facebook dan Saluran Linz BokaraChai di laman YouTube. -OLEH ROZZALIN HASHIM

   
Email Print
   
 
 
E-browse