Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PMS popobuzu RM20,000 tikid uvang di kihizab manaandak Kalamazan Kalimaran |  KOTUNDAAN SABAH MOMOGUNO PISOKODUNGAN TOTINDUGU DO KOONDUAN OM KOKUSAZAN: MUSA |  Utamakan kualiti projek, beri manfaat kepada rakyat |  34 sertai kursus Membuat Kek Kukus dan Karipap Pusing |  PMS salur RM20,000 kepada setiap daerah anjur Kalimaran |  Festival Trak Makanan KK berlangsung meriah |  LANTIK SEORANG WANITA DALAM LEMBAGA PENGARAH: MUSA |  Tidak mudah berputus asa kunci kejayaan Patricia Yapp |  MP says best to keep PLUS in govt hands |  Borneo Cup U-11 off to a spectacular start |  Tambunan powers to victory |  Greater solution needed to address Moyog river pollution |  Tekun Nasional entrepreneurs reminded to repay loans |  RM20,000 allocated for Kalimaran Festival |  No property damage in weak Tongod quake | 
 Leisure

90 peserta sertai kursus anjuran Pertisa

29th August, 2017

OLEH JOANES ROBERT JOHNNY

KURSUS Teknikal dan Pengendalian Sound System anjuran Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) berakhir dengan jayanya Ahad lalu.

Seramai lebih 90 peserta menyertai kursus selama dua hari itu bermula 26 hingga 27 Ogos lalu yang diadakan di Dewan Theatrette Ahmad Nisfu, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) UMS.

Program penutupan kursus tersebut telah dirasmikan oleh Penasihat PERTISA, Drs. Monih Epin.

Dalam ucapannya, Monih mengharapkan agar program sedemikian dapat dibuat kesinambungannya dengan menambah input atau pengisian baharu seperti praktikal dalam skala lebih besar seperti kugiran, konsert dan sebagainya.

Menurut Monih, mana-mana majlis keramaian anjuran jabatan kerajaan, swasta, individu atau agensi tertentu sememangnya memerlukan Sound System yang terbaik bagi memastikan program mereka berjalan lancar.

“Saya percaya kebanyakan peserta kursus adalah dalam kalangan pengusaha atau pemilik syarikat yang menyewakan peralatan Sound System, oleh itu, dengan menerima sijil dan mendapat ilmu yang baru merupakan bonus kepada anda,” katanya.

Terdahulu, Presiden PERTISA, LP Raphiel Pinus, berharap para peserta dapat memanfaatkan setiap apa yang dipelajari mereka sepanjang kursus berkenaan.

“Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat, para AJK, pihak RTM dan UMS, para penceramah, dan mereka yang membantu secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program ini,” katanya. Dua orang penceramah jemputan sepanjang kursus tersebut ialah Adzmel Sattar dari UMS dan Minami D. Sugali dari RTM Kota Kinabalu.

Sepanjang kursus itu, selain mendengar perkongsian ilmu para penceramah, peserta turut berpeluang bertanya soalan berkaitan permasalahan yang sering berlaku dari segi pemasangan wayar pada peralatan Sound System dan pelbagai lagi perkara berkaitan bidang tersebut.

Pada hari pertama program, peserta kursus turut dibawa melawat di sekitar Studio Payung Mahkota UMS, manakala pada hari kedua pula mereka membuat praktikal pemasangan peralatan dan penyediaan Sound System.

Selain peserta, para ahli PERTISA turut menerima faedah menerusi penganjuran tersebut dimana mereka juga mendapat ilmu sama seperti peserta kursus yang lain walaupun sibuk menjalankan komitmen sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Penganjur.

Lebih menarik, pada penghujung kursus tersebut turut diadakan cabutan nama bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dalam bentuk peralatan sound system.

Hadiah utama cabutan tersebut dimenangi oleh seorang pendidik Elleycia Chong, yang terpaksa menghadiri kursus dengan membawa bayi kecilnya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Sabah (ROS), Nelbon Tulis Missun, Timbalan Presiden PERTISA yang juga Pengerusi Penganjur Guadik Ansiw, Naib Presiden (Aktiviti) yang juga Pengarah Program, James Juanis dan Ketua Penolong Pegawai Tadbir FKSW UMS, Sudirman Laruju.

   
Email Print
   
 
 
E-browse