Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Lelaki terbunuh kereta terhumban parit |  Hukuman mati 32 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan |  Keningau, Tawau seal grand final tickets |  Water supply – review can save RM1 billion |  Sabah opposition grill Warisan |  Halloween Fest fun for children at Centre Point Sabah |  Saturday Hawkers’ fest with a treat |  Polinta kigaab papahantoi projik ampangan |  KL BAH, GHRT Ekstrem nakahantoi Pihavanan Borneo Paintball 2018 |  Konvokesyen susumikul Tabika/Taska Boogizan Parliament Tenom |  Ukum patazon 33 kahasaan id siibo vahu akta pinunso |  Business community urged to join Sabah Export Day |  Decrease price rate to boost economy |  No closure yet for Kgau, Tawau IPGs |  Trash-free event at first Tanjung Aru Beach Fest | 
 BM

Rey, Felix dan Ramli bakal ceriakan VOKfm

18th August, 2017

SEBUAH lagi stesen radio swasta bakal memulakan siarannya tidak lama, dengan menampilkan barisan penyampai-penyampainya tentunya suara mereka sudah lama dirindui ataupun dinantikan pendengar.

Apa yang pasti kewujudan stesen radio ini menyaksikan satu lagi kemajuan kepada bidang penyiaran radio tempatan Sabah.

VOKfm ataupun nama penuhnya Voice Of Kinabalu, merupakan stesen radio yang akan menumpukan kepada usaha mempromosikan Sabah kepada pendengar.

Penyampai-penyampai yang bakal menceriakan VOKfm adalah penyampai radio popular seperti Rey Kimara, Felix Agus dan Ramli Carlo. Selain daripada itu Beebey, Aegy Pop dan Roger (popular dengan gelaran SaliparJipun) turut diangkat menjadi penyampai di stesen radio terbabit.

Ketika sesi pengenalan kepada media, Ketua Pegawai Eksekutif dan Station Managernya Mohammad Faqrullah Azim (kapten), menyifatkan VOKfm bakal memberi saingan sihat kepada dalam bidang penyiaran radio dan muzik di Sabah.

“Dengan pengalaman lebih 12 tahun bersama beberapa stesen radio sebelum ini, saya yakin VOKfm akan menjadi fenomena baharu kepada pendengar. VOKfm menyasarkan pendengar muda.” kata Faqrul.

Justeru untuk menarik lebih ramai golongan itu mengikuti saluran VOKfm, stesen itu memilih menggabungkan muzik dengan elemen hiburan sebagai asas kekuatan selain menyelitkan program yang fokus kepada citarasa dan budaya setempat, seiring dengan tagline stesen ini ‘Bukan Biasa-Biasa’.

Kata Faqrul lagi, sebagai permulaan VOKfm akan melakukan siaran ujian secara steraming mulai minggu ini sebelum ke udara secara langsung pada 16 September ini iaitu ketika menyambut Hari Malaysia. VOKfm akan bersiaran di www.vokfmsabah.com secara berperingkat ke siaran fm.

“Pendengar dijangka akan dapat menikmati siaran VOKfm melalui frekuensi fm sekitar Kota Kinabalu dalam masa terdekat sebelum diperluaskan pada masa akan datang.

“Banyak perancangan telah diatur begitu juga dengan strategi serta rangka promosi yang turut melibatkan penaja dan pendengar.” tambahnya.

Sementara itu, dalam majlis itu turut diperkenalkan ialah Rey sebagai Pengurus Rancangan stesen radio berkenaan.

Ikuti perkembangan VOKfm Sabah di laman web www.vokfmsabah.com atau Facebook, Instagram dan Twitter @vokfmsabah atau emel ke info@vokfmsabah.com. –OLEH ALMA R

   
Email Print
   
 
 
E-browse