Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Funds needed urgently to repair assets |  Sabah has talented artists among multiracial community |  Pencarian bakat KB’s Got Talent 2017 boleh diketengahkan, kata Musbah |  Produksi TV China pilih Sandakan jalani penggambaran |  Golongan wanita perlu tingkat kemahiran tulis blog |  Maybank Labuan raikan golongan cacat penglihatan |  12 kenderaan sertai Konvoi Kembara Merdeka Negaraku |  LIS ungguli Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat Labuan 2017 |  Gotong-royong rapatkan silaturahim masyarakat |  WKAN Nabawan maut dalam nahas jalan raya |  IPD Kudat adakan dialog bersama ketua kampung, JKKK |  PDRM SABAH PERLU RM12j SELENGGARA, BAIKI ASET |  Sabah Eagles bow out of Agong’s Cup |  Tough challenge awaits defending champ Safarudin |  Nine Sabahans get National Grade 3 Referee badges | 
 BM

Kesibukan belajar tidak halang Freedy Harmthon terus berkarya

12th August, 2017

OLEH JOANES ROBERT JOHNNY

KESIBUKAN Sebagai seorang penjawat awam di samping menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan tidak menghalang Freddy Harmthon untuk terus berkarya.

Penerima Anugerah Artis Baru Dusun Kategori Lelaki Paling Popular 2015 KDCA dan tempat Ketiga dalam pertandingan akhir Juara Carta Lagu Dusun (JLD) RTM Sabah VFM 2014 ini sebenarnya tidak pernah berhenti berkarya setelah beberapa lama menghilang.

Pelantun lagu ‘Suni Tupusku’ itu kini mengambil keputusan berehat daripada sebarang jawatan dan aktiviti dalam Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajiannya dalam bidang ‘Master Of Occupational Safety And Health Risk Management’ di Universiti Terbuka Malaysia (Open University Malaysia).

Ketika dihubungi Hiburan NST baru-baru ini, Freddy mengakui masih aktif mencipta karya seni dimana antara lagu baharu ciptaannya yang kini kerap didengari di radio adalah seperti ‘Tupusku Poinggirot’, ‘Tupusnu Mumbal Sumuai’, dan ‘Natabas Tukad Piginawaan Toh’.

“Walaupun sibuk belajar menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), saya masih dapat mencuri sedikit masa untuk berkarya kerana muzik sudah menjadi minat saya sejak kecil,” katanya.

Pengarah Urusan FH Production itu juga semakin aktif di dalam kerja-kerja studio miliknya sama ada dalam bidang penggambaran video mahu pun rakaman lagu, di mana Freddy sendiri menjadi juruteknik sesi rakaman tersebut.

Untuk rekod, FH Production merupakan studio rakaman lagu milik Freddy yang berpusat di daerah Putatan, turut menyediakan perkhidmatan jurufoto dan juruvideo untuk pelbagai program.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka, boleh menghubunginya menerusi WhatsApp (019-3009618) atau email fhproduction79@gmail.com atau melawat laman sosial Facebook mereka di https://www.facebook.com/FHProductionstudio/.

“Sesungguhnya kerja-kerja ini memerlukan tumpuan dan agak memenatkan, namun saya lebih senang dan selesa bekerja seorang diri tanpa tekanan.

“Apa yang penting adalah perancangan rapi dan jadual yang harus diikuti selain ketegasan dalam melakukan tindakan bagi memastikan rancangan kita tersusun terutamanya dalam jadual pembikinan muzik dan suntingan gambar serta video,” katanya.

Selain itu, Freddy kini aktif membuat lagu untuk dinyanyikan oleh artis-artis yang berminat dan kini sudah ada beberapa buah lagu yang telah pun dinyanyikan oleh rakan-rakan artis.

Ditanya mengenai perancangan untuk album terbaru, katanya, setakat ini beliau tidak mempunyai rancangan untuk menerbitkan album baru (solo) tetapi sedang dalam proses menghasilkan album kompilasi bersama beberapa rakan artis yang lain di dalam studio rakaman yang sama (FH Production).

Bercakap mengenai masalah yang melanda arena hiburan tempatan masa kini, katanya, dia cukup terkilan dengan situasi semasa yang baginya kini menjadi ‘kanser’ kepada industri tersebut iaitu budaya ‘Cetak Rompak’.

“Bayangkan ribuan ringgit yang kita belanjakan untuk menghasilkan sebuah album hanya sia-sia disebabkan ada pihak tidak bertanggungjawab yang mencetak rompak album atau karya-karya kita setelah beberapa ketika diterbitkan,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat pihak yang menjadi ‘lanun’ cetak rompak tersebut yang mengambil kesempatan dengan memasukkan segala video Karaoke mereka ke dalam hard disc untuk dijual tanpa kebenaran oleh artis tersebut.

“Jika keadaan seperti ini berterusan, tidak mustahil pada masa akan datang, tiada lagi lagu atau album artis tempatan Sabah akan dikeluarkan kerana budaya cetak rompak ini,” katanya.

Justeru, Freddy menyeru dan merayu kepada semua penyokong dan peminat lagu-lagu tempatan Sabah agar tidak membeli CD atau DVD cetak rompak, tetapi membeli sendiri daripada mereka (artis) sendiri.

Artis kelahiran daerah Kiulu ini akan bercuti daripada sebarang aktiviti studio mulai pada 14 Ogos untuk memberi tumpuan kepada pelajarannya bagi menghadapi peperiksaan Semester 3 pada 20 dan 23 Ogos nanti, namun tidak menolak sebarang tempahan perkhidmatan.

Freddy kini mempunyai dua album solo berjudul ‘SuniTupusku’ dan ‘Sodop Pitongkiadan’ dan sebuah album kompilasi bersama PERTISA bertajuk Pertisa EVO.

   
Email Print
   
 
 
E-browse