Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse |  Sabah captain Rawilson set for first national cap |  Nine top MTJA juniors for tournament |  Moves to protect marine resources |  MAWILLA 2 poundohion kumaa hongkod kavavagu |  Iso uvang, iso pomounan: Madius |  SONGKOSUVAZAN MINONINDUO MOGIIGIZON HAMIN DI SINUANG |  Up to 40 pct off with MAS’s Mid-Year Deals |  Aidi ziarah Rumah WargaTua Prichard, Hospital Papar |  Wakil rakyat lapor SPRM, dakwa ada monopoli dalam pembekalan ubat |  Kiulu destinasi lawatan wajib, sasar 1 juta pelancong menjelang 2025 |  Stephen minta PBT percepat bina Terminal Bas Bersepadu Sandakan | 
 BM

Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2017 meriah

12th August, 2017

KENINGAU: Sambutan Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2017 peringkat Kebangsaan dirayakan dengan sambutan meriah yang berlangsung di Keningau, pada Rabu.

Program yang bermula seawal jam 6 pagi hingga 10 malam itu di penuhi dengan pengisian program yang padat dan meriah sempena meraikan Orang Asal yang ada di Malaysia termasuk dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pelbagai persembahan tradisional, pameran makanan tradisional, sukan tradisional, persembahan muzik dengan menggunakan alat muzik tradisional dan jualan peralatan tradisonal oleh orang asal dari pelbagai suku kaum di Malaysia.

Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) Yusri Ahon berkata, majlis ini bagi meraikan dan memperingati orang asal Malaysia.

Katanya, majlis ini juga dapat menanam dan memupuk genarasi muda dalam menghayati serta mengetahui kehidupan tradisional mereka serta asal usul mereka.

Pada majlis itu, Yusri berkata, pihak JOAS bersedia berkerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk menjaga kebajikan dan masa depan orang asal Malaysia.

“Ini kerana banyak masalah dan tekanan yang dihadapi oleh orang asal di Malaysia yang perlu diselesaikan dengan kerjasama kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media dalam majlis sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2017, peringkat kebangsaan, pada Rabu.

Turut hadir dalam majlis itu Setiausaha Agung Asia Indigenous Peoples Past (AIPP), Gam Shimray; Timbalan JOAS (Sabah), Juhaidi Marindal; Timbalan JOAS (Sarawak), Romnald Sien; wakil-wakil jabatan kerajaan dan Bishop Cornelius Piong.- OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse