Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan bakal meriahkan Tambunan 25 Nov ini |  Golongan wanita perlu berani ceburkan diri dalam dunia usahawan |  Polis Labuan rampas pelbagai mesin judi simulator bernilai RM270,000 |  Jabatan Imigresen usir dua wanita Vietnam |  Remaja ditahan memandu bawah pengaruh alkohol, tiada lesen |  Dua beradik terselamat dalam kebakaran |  Lebih 5,000 graduan UMS diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-19 |  K'jaan Negeri umum bantuan khas kewangan RM1,500 penjawat awam |  Musa bentang Bajet RM4.1 bilion |  Team Izing dominate Soja Cafe Ranau Open Double Dart Challenge |  Even playing field for Sabah Rhinos hopefuls |  Drunk driver held after slamming car into army camp fence |  Plumber gets 12 years’ jail for raping disabled cousin |  2010 fire victim grateful for new house |  Pan Borneo – Project Delivery Partner questionable | 
 BM

MPS mulakan operasi kunci kenderaan

12th August, 2017

OLEH ROZZALIN HASHIM

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mula melaksanakan operasi mengunci kenderaan terhadap pemilik kenderaan yang didapati mempunyai kompaun kesalahan letak kereta yang belum dibayar.

Difahamkan bahawa sebanyak 64 pemilik kenderaan bakal berdepan dengan kenderaan dikunci sekiranya mereka tidak menyelesaikan kompaun kesalahan letak kereta yang tertunggak.

MPS telah melancarkan operasi mengunci kenderaan terhadap pemilik kenderaan yang didapati mempunyai kompaun kesalahan letak kereta yang belum dibayar bermula Khamis lepas.

Setiausaha MPS, Jeffrey Aman berkata setakat ini seramai 64 pemilik kenderaan direkodkan mempunyai lebih daripada 10 kompaun.

Daripada jumlah itu, ujarnya seorang pemilik direkodkan mempunyai 55 kompaun dan kedua tertinggi sebanyak 53 kompaun.

“Sehubungan itu, pihak MPS ingin menasihatkan supaya pemilik kenderaan membuat semakan kompaun kesalahan letak kereta di Kaunter Bayaran Setempat pada waktu pejabat dari 8.00 pagi hingga 3.30 petang,” katanya kepada media selepas pelancaran Operasi Mengunci Kenderaan yang disempurnakan oleh Presiden MPS iaitu Datuk Ir.James Wong.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai dinasihatkan untuk berhubung dengan Unit Letak Kereta di talian 089-275400 sambungan 712.

   
Email Print
   
 
 
E-browse