Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pertisa dan VOKfm yakin hubungan baik beri manfaat pada artis |  12 sikul id Tuaran kotoimo sakadai RM1 bilion |  Pisokodungan ogirot kapanahak koundaran kumaa artis nokoiyonon |  Seri Mengasih Centre expected to relocate by December |  Masyarakat perlu sentiasa bekerjasama membantu usaha perangi wabak denggi |  Kekaumas berjaya adakan program Sembang Santai bersama No’man |  Ketua Menteri akan rasmi Pesta Gambus Peringkat Negeri Ahad ini |  Pengampunan 2.0 diadakan di Inanam 24 dan 25 Feb ini |  Institusi JKKK penting tarik penglibatan rakyat majukan luar bandar: Musa |  Winning start for Juniors |  Jesselton Reds anniversary dinner on March 17 |  Luton A outgun Luton C in decider |  Football legends can transform youngsters into better players |  A clinical psychologist in East Malaysia |  Brazen street brawl caught police attention | 
 BM

Penduduk diminta salur maklumat jenayah penyeludupan

12th August, 2017

OLEH: RIZALMI LIMAN

PAGALUNGAN: Penduduk daerah ini diminta agar dapat menyalurkan maklumat sebarang kegiatan penyeludupan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah.

Daerah kecil Pagalungan merupakan daerah yang terletak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan mempunyai Pos Kawalan Kastam terletak di Bantul, Pagalungan.

Pengarah JKDM Sabah Dato Dr. Haji Janathan Kandok berkata, individu yang memberikan maklumat kepada pihak Kastam akan dilindungi dari segi undang-undang.

“Usaha ini termasuklah dalam mengawal barangan, serta para peniaga dapat mematuhi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap barangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyempurnaan Kapsul Masa JKDM, Sabah di Pos Kawalan Kastam Bantul di daerah kecil Pegalungan, pada Rabu.

Menurutnya, kawalan setiap barangan yang dibawa masuk dari luar negara melalui laluan ini seperti ayam dan itik dan sebagainya dapat ditapis bagi mengelakkan sebarang penularan penyakit berjangkit di bawa masuk ke negara ini.

Janathan juga berharap kepada pegawai dari agensi penguatkuasaan yang lain terutamanya kepada Jabatan Kesihatan agar dapat diadakan di Pos Pusat Kawalan Kastam Bantul.

Turut hadir dalam majlis itu ketiga-tiga Timbalan Pengarah Kastam Sabah Mohd Idris Sharom, Madrim Tadrism Tasam dan Mohd Sahrin Mohd Dom, Ketua Kastam Keningau Nasip Usop, Penolong Pegawai Daerah Pagalungan Aloysius Anthony dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Nabawan (CDO) Brahim Andipo.

   
Email Print
   
 
 
E-browse