Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Funds needed urgently to repair assets |  Sabah has talented artists among multiracial community |  Pencarian bakat KB’s Got Talent 2017 boleh diketengahkan, kata Musbah |  Produksi TV China pilih Sandakan jalani penggambaran |  Golongan wanita perlu tingkat kemahiran tulis blog |  Maybank Labuan raikan golongan cacat penglihatan |  12 kenderaan sertai Konvoi Kembara Merdeka Negaraku |  LIS ungguli Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat Labuan 2017 |  Gotong-royong rapatkan silaturahim masyarakat |  WKAN Nabawan maut dalam nahas jalan raya |  IPD Kudat adakan dialog bersama ketua kampung, JKKK |  PDRM SABAH PERLU RM12j SELENGGARA, BAIKI ASET |  Sabah Eagles bow out of Agong’s Cup |  Tough challenge awaits defending champ Safarudin |  Nine Sabahans get National Grade 3 Referee badges | 
 BM

Bicara rasuah Jabatan Air Sabah ditangguh ke tahun depan

12th August, 2017

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini kelmarin menangguhkan perbicaraan kes melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan dua lagi, yang berhadapan dengan pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan 17 hari perbicaraan antara 5 Feb dan 22 Mac tahun depan untuk membolehkan pihak pembelaan memperkemas semua urusan sebagai persediaan bagi perbicaraan itu berikutan permohonan penangguhan mereka.

“Sebaik tarikh perbicaraan ditetapkan, mahkamah tidak akan melayan sebarang penangguhan lagi kecuali jika berbangkit keadaan yang genting. Oleh itu masa yang mencukupi diberikan bagi semua perkara (mengenai kes ini) untuk diselesaikan,” katanya.

Pada 28 Feb, Abu Bakar telah menetapkan 16 hari perbicaraan antara 4 Julai dan 25 Ogos tahun ini. Tertuduh ialah bekas Pengarah JANS Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 55, isterinya Fauziah Piut, 52 dan Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah Lim Lam Beng, 63, bagi dakwaan pengubahan wang haram RM61.48 juta dan memiliki barang mewah daripada aktiviti haram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman sehingga 5 tahun penjara atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam PJ Pereira, yang mewakili Awang Mohd Tahir dan Fauziah, memohon penangguhan kes sekurang-kurangnya enam bulan dari hari ini untuk membolehkan akauntan Awang Mohd Tahir menyediakan satu laporan pemilikan sejumlah RM30 juta.

Peguam Lim, Baldev Singh juga memerlukan masa untuk menyelesaikan perkara berhubung permohonan anak guamnya kepada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk membawa peguam utama dari Semenanjung bagi perbicaraan itu.

Timbalan Pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berkata pendakwaan sudah bersedia untuk memulakan perbicaraan secepat mungkin, bagaimanapun tidak membantah penangguhan itu.

Tengku Amir Zaki memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 215 saksi untuk memberi keretangan. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse