Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Funds needed urgently to repair assets |  Sabah has talented artists among multiracial community |  Pencarian bakat KB’s Got Talent 2017 boleh diketengahkan, kata Musbah |  Produksi TV China pilih Sandakan jalani penggambaran |  Golongan wanita perlu tingkat kemahiran tulis blog |  Maybank Labuan raikan golongan cacat penglihatan |  12 kenderaan sertai Konvoi Kembara Merdeka Negaraku |  LIS ungguli Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat Labuan 2017 |  Gotong-royong rapatkan silaturahim masyarakat |  WKAN Nabawan maut dalam nahas jalan raya |  IPD Kudat adakan dialog bersama ketua kampung, JKKK |  PDRM SABAH PERLU RM12j SELENGGARA, BAIKI ASET |  Sabah Eagles bow out of Agong’s Cup |  Tough challenge awaits defending champ Safarudin |  Nine Sabahans get National Grade 3 Referee badges | 
 BM

Kastam Sabah rampas 8,000kg sisik tenggiling bernilai RM100 juta

12th August, 2017

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah mematahkan satu cubaan menyeludup keluar kira-kira 8,000 kilogram sisik tenggiling bernilai RM100 juta dalam satu rampasan di Pelabuhan Sepanggar akhir bulan lepas.

Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata sisik tenggiling terbabit yang dirampas pada 29 Julai lalu, dipercayai untuk dieskport ke China.

“Berdasarkan hasil risikan, kita telah membuat pemeriksaan terhadap dua kontena yang didaftarkan berisi cengkerang untuk dieksport ke negara berkenaan.

“Namun hasil pemeriksaan itu kita mendapati sebanyak 226 guni berisi kira-kira 8,000 kg sisik tenggiling dimuatkan di dalam kedua-dua kontena berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau berkata susulan itu juga pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang merupakan pemilik syarikat yang cuba menyeludup keluar sisik tenggiling tersebut.

Janathan berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana cuba menyeludup keluar barang larangan yang jika sabit kesalahan boleh didenda minimum 10 kali nilai barangan atau maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sisik tenggiling dilarang pengimportannya di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 kecuali dengan permit.

Beliau juga tidak menolak sisik tenggiling tersebut dibawa masuk ke Sabah dari negara jiran melalui jalan tikus. “Kita anggarkan 8,000 kg sisik tenggiling itu diperoleh daripada 16,000 ekor tenggiling dan dengan jumlah sebesar itu kita tidak pasti sama ada ia diperoleh di Sabah kerana saiz hutan di Sabah tidak mungkin terdapat sebegitu banyak tenggiling,” katanya. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse