Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pertisa dan VOKfm yakin hubungan baik beri manfaat pada artis |  12 sikul id Tuaran kotoimo sakadai RM1 bilion |  Pisokodungan ogirot kapanahak koundaran kumaa artis nokoiyonon |  Seri Mengasih Centre expected to relocate by December |  Masyarakat perlu sentiasa bekerjasama membantu usaha perangi wabak denggi |  Kekaumas berjaya adakan program Sembang Santai bersama No’man |  Ketua Menteri akan rasmi Pesta Gambus Peringkat Negeri Ahad ini |  Pengampunan 2.0 diadakan di Inanam 24 dan 25 Feb ini |  Institusi JKKK penting tarik penglibatan rakyat majukan luar bandar: Musa |  Winning start for Juniors |  Jesselton Reds anniversary dinner on March 17 |  Luton A outgun Luton C in decider |  Football legends can transform youngsters into better players |  A clinical psychologist in East Malaysia |  Brazen street brawl caught police attention | 
 BM

Sarawak tuntut sekurang-kurangnya 30% cukai pelancongan

12th August, 2017

KUCHING: Sarawak menuntut agar negeri itu mendapat pembahagian yang adil daripada cukai pelancongan, iaitu tidak kurang 30 peratus, daripada jumlah yang dikutip.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata jumlah yang dikutip itu mesti dikongsi secara saksama oleh tiga wilayah (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia).

“Kami mahu hasil yang lebih besar diberi balik kepada Sarawak; kami mahu sekurang-kurangnya 30 peratus atau lebih daripada jumlah keseluruhan yang dikutip,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang perkembangan terkini berhubung cukai pelancongan yang akan berkuat kuasa pada 1 Sept, dengan pelancong asing dikenakan caj RM10 setiap bilik bagi satu malam.

Sebelum ini, kerajaan Sarawak meminta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Persekutuan supaya memperjelaskan alasan bahawa bahagian yang diperuntukkan kepada negeri ini daripada cukai pelancongan yang dikutip daripada warga asing dikurangkan kepada RM1 daripada RM10 setiap bilik bagi satu malam yang dikutip daripada pelancong asing.

   
Email Print
   
 
 
E-browse