Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Hyatt Regency rai 59 kanak-kanak sempena Krismas |  Alyssa Dezek Selebriti kanak-kanak serba boleh |  190 mangsa terlibat simulasi hadapi banjir |  WCS berkonvoi ke Pantai Timur sambil membuat kebajikan |  Kem Sahsiah Guru perkukuh jati diri |  Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan tingkat hubungan dengan media |  IKM tawar kursus Pacuan Empat Roda pertama di Malaysia |  Polis tahan dua lelaki terlibat kes samun bersenjata |  Polis berusaha jadikan Tenom selamat, bebas dadah: DSP Firdaus |  Industri koko antara komoditi penting sumbang pendapatan negara: Nuhaini |  Towards producing a golden generation |  Stroll in the park for Penampang girls |  Ball in Mafry, Ronny’s court |  Keningau girls register second consecutive victory |  Homes razed, 27 firefighters’ help halt more costly damage | 
 BM

Pameran lukisan Malaysia-Jepun eratkan persahabatan rakyat dua negara

110817-lead-8
TANDA MATA ... Jainab menerima cenderakenangan daripada Fumiko.

11th August, 2017

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Pameran Lukisan Kanak-kanak Malaysia – Jepun dapat memperkukuh dan mengeratkan lagi hubungan diplomatik dan persahabatan rakyat dua negara berkenaan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad.

“Saya melihat program “Friendly Relationship Through Picture” ini sebagai satu bahagian kecil dari program setiakawan tersebut.

“Oleh itu amat bertepatan kita raikan hubungan setiakawan yang terjalin sejak sekian lama. Semoga program ini dapat memperkukuh dan mempereratkan lagi hubungan persahabatan rakyat antara dua negara untuk manfaat dunia sejagat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Lukisan Kanak-Kanak Malaysia-Jepun dan Penutupan Bengkel Pendidikan Seni Lukis Kanak-Kanak Jepun, di Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri, di sini, kelmarin.

Turut hadir Konsul Jepun bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Hiroko Matsuo, Pengerusi Authorized NPO Corporation MAY Asaka Center (MAY Library) Jepun Fumiko Oike, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Janet KL Chee, Timbalan Pengarah Kanan Perpustakaan Negeri Sabah Maria Sinti.

Jainab berkata, karya-karya dalam pameran itu yang datang dari dua lokaliti dan budaya berbeza melambangkan persepsi murni kanak-kanak.

“Teknik persembahan, cara penyampaian dan medium teknologi penghasilannya mungkin berbeza namun lukisan-lukisan ini menyampaikan persoalan-persoalan yang sama dalam perkembangan dunia sejagat.

“Walaupun didatangkan dari lingkungan geografi dan budaya yang berbeza namun aliran expresi diri ini bertemu dalam kecenderungan dan minat yang sama iaitu melukis. Walau apapun gambarannya, peserta-peserta pameran ini berjaya mengemukakan expresi diri melalui seni lukis,” katanya.

Oleh itu beliau gembira kerana melalui karya-karya lukisan dapat membina persefahaman yang lebih baik berhubung isu-isu yang dihadapi bersama.

“Pameran ini menghubungkan kita dalam persahabatan yang melangkaui sempadan politik dan budaya serta usia. Syabas kepada semua pelajar di Sabah dan Jepun yang mana karya mereka terpilih dalam pameran ini. Anda semua adalah duta-duta kecil yang menjadi wakil Malaysia dan Jepun,” katanya.

Pameran Lukisan Kanak-kanak Malaysia – Jepun itu dianjurkan Perpustakaan Negeri Sabah; NPO Corporation MAY Asaka Center (MAY Library) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Jainab berkata, program ini mula diadakan pada 2001 di Sabah, namun program tahun ini amat istimewa kerana tahun 2017 genapnya 60 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Jepun.

“Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun telah bermula sejak tahun 1957. Kita mempunyai rekod perhubungan yang akrab dan diperkukuhkan lagi dengan hubungan ekonomi dua hala, kerjasama dalam bidang maklumat dan komunikasi, keselamatan, program pertukaran lawatan belia dan pelajar.

“Langkah kerajaan memperkenalkan Program Dasar Pandang ke Timur pada 1982 memberi impak besar dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun. Perkembangan teknologi digital menjadikan perhubungan semakin akrab dan hubungan setiakawan antara Malaysia dan Jepun semakin berkembang dalam pelbagai bidang,” katanya.

Selain pameran lukisan, program ini diisi dengan Bengkel Pendidikan Seni Lukis Kanak-kanak Jepun yang dibimbing oleh tenaga pengajar yang didatangkan khas dari Jepun.

Seramai 32 orang pendidik terpilih mengikuti bengkel ini dan selebihnya adalah pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dan Perpustakaan Negeri Sabah.

Sejumlah 114 lukisan hasil karya pelajar dari tujuh buah sekolah rendah sekitar Kota Kinabalu dan 130 buah lukisan hasil karya pelajar peringkat sekolah rendah di Jepun dipamer dalam galeri pameran pada tahun ini.

Lukisan pelajar Sabah yang dipamerkan pada program itu akan dibawa ke Jepun untuk di pamer di sana manakala lukisan pelajar Jepun akan dipamerkan di perpustakaan dan di sekolah-sekolah tertentu di negeri ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse