Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Funds needed urgently to repair assets |  Sabah has talented artists among multiracial community |  Pencarian bakat KB’s Got Talent 2017 boleh diketengahkan, kata Musbah |  Produksi TV China pilih Sandakan jalani penggambaran |  Golongan wanita perlu tingkat kemahiran tulis blog |  Maybank Labuan raikan golongan cacat penglihatan |  12 kenderaan sertai Konvoi Kembara Merdeka Negaraku |  LIS ungguli Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat Labuan 2017 |  Gotong-royong rapatkan silaturahim masyarakat |  WKAN Nabawan maut dalam nahas jalan raya |  IPD Kudat adakan dialog bersama ketua kampung, JKKK |  PDRM SABAH PERLU RM12j SELENGGARA, BAIKI ASET |  Sabah Eagles bow out of Agong’s Cup |  Tough challenge awaits defending champ Safarudin |  Nine Sabahans get National Grade 3 Referee badges | 
 BM

Pejalan kaki maut dirempuh Hilux

110817-maut-4
MAUT… mayat mangsa yang terbaring di Jalan Merdeka sebelum di bawa ke Hospital Labuan untuk siasatan lanjut.

11th August, 2017

LABUAN: Seorang wanita maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (Hilux) dan pejalan kaki di pusat bandar di sini pada Rabu.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, ACP, Adzhar Othman berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6.35 petang di Jalan Merdeka selepas mangsa, Han Moi Heng, 57, dipercayai menyeberang jalan dari arah Public Bank menuju ke kedai Aifa Elektrik telah dirempuh oleh sebuah kereta pacuan empat roda (Hilux) menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan maut ditempat kejadian.

“Siasata awal mendapati mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Adzhar berkata, pemandu Hilux seorang lelaki bangsa Tionghua, 58, telah ditahan untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.-Oleh Jainudin Djimin

   
Email Print
   
 
 
E-browse